Rabu, 12 Mei 2010

*KEJAYAAN PROTON KEJAYAAN MALAYSIA*

Proton jenama rakyat Malaysia.   Proton jenama kebanggaan Malaysia.   Kejayaan Proton kejayaan Malaysia.   Proton Holdings Bhd melancarkan tiga kereta konsep siri Emas yang akan membantu meningkatkan tarikan globalnya serta membina kereta untuk pasaran dunia pada masa akan datang.


Siri Emas, akronim bagi “Eco Mobility Advance Solution”, pada masa ini menawarkan tiga varian dan adalah usaha sama dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro. Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang.

Ia terdiri daripada Emas hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, Emas Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta Emas3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar. Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan