Jumaat, 2 April 2010

*PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW ZON MAJIDI 2010*

Pada 24 dan 25 Mac yang lalu, pasukan sepak takraw SK Mohd Khir Johari telah menghantar pemain ke Pertandingan Sepak Takraw Zon Majidi di SK Sri Amar.   Para pemain telah dilatih oleh Cikgu Hairul Anuar b. Samiun, Cikgu Mohd Edham b. Affandi dan Cikgu Rosli b. Dollah.

Walaupun menghantar bakat-bakat muda yang bersaiz kecil namun berkat doa dan usaha yang gigih, Pasukan Sepak Takraw Sekolah telah mencipta kejayaan melakar sejarah kerana berjaya menjadi johan Zon Majidi.  Satu kejayaan yang membanggakan.  Sebanyak 24 pasukan telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Seorang pemain dari sekolah ini iaitu Muhammad Nur Fadhli b. Faroukhee Azley telah terpilih untuk mewakili Zon Majidi ke peringkat daerah yang akan diadakan di SK Taman Tampoi Utama pada 10 April 2010.  Syabas kepada pasukan Sepak Takraw sekolah!

1 ulasan:

  1. Syabas...berbangga..salah seorg murid itu anak saya..Wan Faizulazry...syabas ank2 saya..

    BalasPadam