Khamis, 29 April 2010

*MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H*

Tanggal 17 April (Sabtu) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengadakan dua aktiviti utama sekolah secara serentak iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 dan Sambutan Maulidur Rasul 1431H. 




Majlis Maulidur Rasul dimulakan seawal jam 8.00 pagi di dewan sekolah manakala Mesyuarat Agung PIBG di Dewan Suluh Budiman pada jam 9.00 pagi.
 

Mesyuarat Agung PIBG dimulakan dengan ucapan Dato Hj. Dollah b. Hj. Said YDP PIBG sesi 2009/10.   Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar iaitu En. Zamani b. Hj. Ahmad.  Kemudian, Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 dimulakan dengan membincangkan usul, perkara berbangkit dan pelantikan AJK PIBG 2010/2011.
 
 

Berikut ialah senarai AJK PIBG 2010/2011:
01. Yang Dipertua ~ Dato Hj. Dollah b. Hj. Said
02. Naib Yang Dipertua ~ Tn. Hj. Ali b. Senawi
03. Setiausaha Kehormat ~ Rahmat Hidayat b. Sabari
04. Pen. Setiausaha ~ Norzakiah bt. Sakdilah
05. Bendahari Kehormat ~ Jamilah bt. Sawel
06. Pen. Bendahari ~ Zainab bt. Ali
07. AJK (Ibu Bapa) ~ Hj. Bunawan b. Sagi
08. AJK (Ibu Bapa) ~ Mahiza bt. Bakri
09. AJK (Ibu Bapa) ~ Razali b. Abd Razak
10. AJK (Ibu Bapa) ~ Norhayati bt. Darus
11. AJK (Ibu Bapa) ~ Fatimah bt. Yusoff
12. AJK (Ibu Bapa) ~ Rohana bt. Surip
13. AJK (Guru) ~ Hairul Anuar b. Samiun  
14. AJK (Guru) ~ Rabiah Adawiyah bt. Ibrahim
15. AJK (Guru) ~ Ahmad Kamaruddin b. Kasman
16. AJK (Guru) ~ Zahri b. Zabir
17. AJK (Guru) ~ Norhayati bt. Abd Kadir
18. AJK (Guru) ~ Abdul Majeed b. Makkay Kutty
19. Pemeriksa kira-kira (IB) ~ Akwanaddin b. Abdullah
20. Pemeriksa kira-kira (IB) ~ Khamis b. Ngadunon
21. Pemeriksa kira-kira (G) ~ Suhailee bt. Abd Rahim   
22. Pemeriksa kira-kira (IB) ~ Norziyani bt. Zahari

 
 

Sementara itu, murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2 berkumpul di dewan untuk Majlis Maulidur Rasul.
Bagi murid-murid Tahap 1, aktiviti memperagakan busana muslim dan muslimah dijalankan.   Berikut ialah keputusan pertandingan tersebut:

Tahun 1
Johan (L) Muhammad Haikal b. Saharudin      1 Arif
Johan (P) Nur Hidayah Nasuha bt. Azmi         1 Cerdas

Tahun 2
 Johan (L) Muhammad Syafiq Daniel               2 Dinamik
 Johan (P) Sofiyah bt. Samin                            2 Dinamik

Tahun 3
Johan (L) Ikmal                                               3 Maju
Johan (P) Wan Wardina                                  3 Bestari


Sementara itu hadiah juga disampaikan kepada murid-murid Tahap 2 yang telah menjayakan persembahan sempena Maulidur Rasul itu.   Mereka ialah:
1. Farhan Najmi  - Tilawah Al-Quran
2. Nursyamina - Bercerita
3. Najiha Arissa - Deklamasi Sajak
4. Kumpulan nasyid sekolah


Pada awal pagi, murid-murid Tahap 2 berpeluang menyertai perarakan melalui kawasan-kawasan yang ditetapkan.  Selesai berarak, mereka diberi kuih dan air minuman.  Selepas itu, mereka berkumpul di dewan sekolah untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Norhisyam b. Mohd Noor dari SK Taman Universiti 1.

Kira-kira jam 12.00 tengah hari majlis bersurai.  Murid-murid pulang ke rumah dengan sebungkus nasi beriani dan air sirap bandung.   Guru-guru pula bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan