Khamis, 18 Mac 2010

*PROGRAM JAYAWARIS TAHUN 5 ARIF*

Pada hari Sabtu, 13 Mac 2010 di Bilik Mesyuarat SK Mohd Khir Johari telah diadakan Program Jayawaris   untuk ibu bapa murid-murid Tahun 5 Arif.   Program yang julung-julung kali diadakan untuk ibu bapa murid Tahun 5 Arif hanya dihadiri oleh 23 orang ibu/bapa.   Namun demikian, hal  ini tidak mematahkan usaha pihak sekolah untuk memajukan murid-murid yang mendaftar dan belajar di sekolah ini.

Program ini telah dimulakan dengan pembentangan headcount untuk murid-murid Tahun 5 Arif oleh En. Md. Shukri b. Sultani, Guru Penolong Kanan 1 SK Mohd Khir Johari.  Setiap ibu bapa yang hadir diterangkan maklumat tentang pencapaian dan sasaran akademik untuk anak-anak mereka.  Sesi soal jawab juga diadakan untuk memberi peluang kepada para ibu bapa membuat pertanyaan.

Pihak sekolah juga telah menjemput wakil daripada Score A iaitu Pn. Hasnifah dan suami untuk memberi penerangan tentang program Score A.  Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan jamuan ringan kepada para ibu bapa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan