Jumaat, 5 Februari 2010

*TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR*

Pada hari Jumaat, 5 Februari 2010 murid-murid Tahun 6 berkumpul di Dewan Suluh Budiman untuk mendengar taklimat Teknik Menjawab Soalan Sains UPSR.  Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Yasim b. Musa, guru sains Tahun 6.

Tujuan taklimat ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun 6 cara-cara menjawab soalan sains dalam UPSR.  Sains merupakan subjek teras yang penting dan peratus pencapaian sains dalam UPSR agak sederhana.  Oleh itu, pendedahan awal ini diharapkan dapat membantu meningkatkan pencapaian UPSR murid-murid pada tahun ini.


 

 
 
Analisis pencapaian sains dalam UPSR.  (Lulus)

2002    -   66.06%
2003    -   71.79%
2004    -   76.07%
2005    -   75.74%
2006    -   80.33%
2007    -   84.47%
2008    -   81.36%
2009    -   83.11%

Tiada ulasan:

Catat Ulasan