Ahad, 28 Februari 2010

*PROGRAM KECEMERLANGAN PELAJAR 2010*

Pada hari Ahad, 28 Februari 2010, Persatuan Penggerak Pendidikan Tunas Bakti Johor Bahru yang dipengerusikan oleh En. Azman b. Hj. Dawam telah menganjurkan 2 program di SK Mohd Khir Johari:
1)  Program Kecemerlangan Pelajar 2010 dengan tajuk "Transformasi Minda dan Sikap"
     - 15 orang murid Tahun 6 dari setiap sekolah.
2)  Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR 2009 untuk pelajar-pelajar sekolah dalam kawasan Parlimen
     Johor Bahru.
     - 2 orang murid (1L dan 1P) yang terbaik dari setiap sekolah berdasarkan kecemerlangan dalam UPSR,
        kokurikulum dan kepimpinan tahun 2009.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Utama Hj. Shahrir b. Hj. Abd Samad (Ahli Parlimen Johor Bahru).   Aktiviti motivasi dijalankan sepenuhnya di dalam dewan tertutup manakala majlis penyampaian hadiah di dewan terbuka.  Semua peserta yang menyertai program ini diberikan sijil penyertaan.

Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada jam 4.00 petang.   Pihak persatuan juga dimaklumkan akan mengadakan program teknik menjawab soalan UPSR pada bulan April nanti.

13 buah sekolah yang terlibat ialah:
  1. SK Mohd Khir Johari
  2. SK Tanjung Puteri
  3. SK Angkatan Tentera
  4. SK Kompleks Uda
  5. SK Bandar UDA 2
  6. SK Taman Suria
  7. SK Tasek Utara
  8. SK Larkin 1
  9. SK Larkin 2
10. SK Majidi Baru
11. SK Tebrau Bakar Batu
12. SK Sri Tebrau
13. SK Taman Pelangi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan