Jumaat, 21 Januari 2011

*SATU MURID SATU SUKAN*


Mulai tahun 2011 ini, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru menggerakkan sekolah-sekolah agar menjalankan kegiatan Satu Murid Satu Sukan (1M 1S).   Aktiviti ini bertujuan untuk...

menjadikan pelajar kita lebih sihat di samping dapat mengisi masa lapang.

Pelajar yang seimbang ialah pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Oleh itu, pihak sekolah telah mengatur jadual untuk program 1M 1S mengikut butiran berikut:

  • Isnin   Catur dan Sepak Takraw
  • Selasa   Olahraga dan Bola Sepak
  • Rabu   Ping Pong dan Hoki
  • Khamis   Bola Baling dan Badminton
  • Jumaat   Bola Tampar dan Bola Jaring

Setiap aktiviti dijalankan di sekolah bermula jam 4.30 petang hingga 6.00 petang.   Murid-murid yang terlibat hendaklah memakai pakaian sukan yang sesuai.    Guru-guru pembimbing akan mengambil kedatangan murid dan menetapkan lokasi bagi setiap permainan.


Selepas aktiviti dijalankan, laporan akan disiapkan oleh guru pembimbing.   Bagi mengelakkan masalah ponteng sekolah agama yang kerap, murid-murid hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam satu permainan sahaja dalam setiap minggu.   Ibu bapa juga diharap dapat memantau masa latihan anak-anak mereka agar aktiviti ini tercapai matlamatnya.

1 ulasan:

  1. KATA SATU MURID SATU SUKAN APE KENE MENGENA NGAN SAFEE?

    BalasPadam