Khamis, 29 Julai 2010

*ULAR SAWA DI KAWASAN SEKOLAH*

JOHOR BAHRU, Khamis 29 Julai 2010 - Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari digemparkan dengan ular sawa yang berada di kawasan sekolah.  Beberapa ekor ular sawa ditemui bekeliaran di kawasan astaka sekolah.  Ada yang berlingkar dan ada pula yang menjalar di atas palang.



Ular sawa jenis batik dan albino kuning ini menarik perhatian murid-murid sekolah.  Anehnya ada murid-murid yang berani mengambil gambar bersama ular-ular sawa tersebut.


Kejadian ini sebenarnya berlaku dalam aktiviti di Zoo Mini yang dianjurkan oleh Panitia Sains SK Mohd Khir Johari dengan kerjasama pihak Zoo Negeri Johor.   Astaka sekolah menjadi lokasi untuk murid-murid mengadakan lawatan melihat spesies-spesies haiwan dengan lebih dekat.  Antara haiwan lain yang terdapat di Zoo Mini ialah tupai, merpati, musang, labi-labi, cicak besar, tikus belanda, ikan dan arnab.


Semoga usaha panitia sains ini memberikan faedah yang besar kepada murid-murid terutama dalam mengenali ciri-ciri haiwan yang  terdapat di sekeliling mereka.   Sambil berseronok murid-murid juga dapat melihat dengan lebih dekat contoh-contoh haiwan yang hidup di air, darat, udara dan serta binatang berbisa.




1 ulasan:

  1. memang......best lah??????????????.........

    BalasPadam