Ahad, 23 Mei 2010

*PEMBINAAN SURAU*

Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari sedang berusaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan sebuah surau untuk menampung keperluan murid-murid dan guru-guru menunaikan solat dan menjalankan aktiviti agama.

Surau yang sedia ada sekarang merupakan sebuah bilik darjah yang diubah suai.   Sejak pembinaan sekolah pada tahun 1956, tiada bangunan khas yang diperuntukkan untuk surau.   Lantaran itu, bagi memenuhi keperluan semasa dalam usaha meningkatkan kemudahan di sekolah, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sedang berusaha mengumpul dana dan mencari tapak yang sesuai di dalam kawasan sekolah untuk mewujudkan surau yang dicadangkan.

( Sering berlaku salah tanggapan dalam kalangan ibu bapa bahawa pihak sekolah mendapat peruntukan yang besar daripada Kementerian Pelajaran untuk projek-projek pembangunan.   Namun keadaan ini tidak semestinya benar.   Buktinya kantin sekolah telah wujud sejak tahun 1956 dan belum ada lagi peruntukan untuk membaik pulih.   Banyak perkara yang perlu diusahakan sendiri oleh pihak sekolah bagi menjayakan sesuatu projek dan sokongan ibu bapalah yang menjadi tulang belakang kemajuan sesebuah sekolah ini. )

Marilah kita menjayakan usaha murni pembinaan surau ini tanpa sebarang prejudis.

1 ulasan:

  1. SUMBANGAN DERMA AMAL JARIAH UNTUK TABUNG DERMA SURAU SK MOHD KHIR JOHARI BOLEH DISAMPAIKAN TERUS MELALUI AKAUN MAYBANK ISLAMIC, NO AKAUN : 5515-9300-6788, ATAS NAMA "TABUNG DERMA SURAU SK MOHD KHIR JOHARI".

    Maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Tuan Hj Ali : 019-7498787 / Ustazah Norzakiah : 016-7782169 / Cikgu Rahmat : 019-7147053

    Jawatankuasa Pembinaan Surau SKMKJ amat mengalu-alukan sumbangan derma dari para dermawan yang budiman. Semoga Allah akan membalas setiap pemberian /sumbangan yang Tuan / Puan hulurkan dengan ganjaran yang besar di akhirat kelak.

    BalasPadam