Jumaat, 5 Februari 2010

*PEMILIHAN PENGAWAS SEKOLAH*

Pihak sekolah telah menjalankan sesi temuduga untuk memilih pengawas sekolah.   Pemilihan ini  berdasarkan minat, pencapaian akademik dan sahsiah seseorang murid untuk menjadi pengawas sekolah.   Tanggungjawab sebagai pengawas agak besar dan hanya murid-murid yang layak sahaja akan dipilih.

Selain itu, pemilihan murid-murid juga mesti disokong oleh guru kelas.  Jika guru kelas mendapati murid-murid tersebut tidak menyiapkan kerja sekolah atau selalu melanggar disiplin sekolah, mereka tidak akan dipilih sebagai pengawas.   Ada beberapa orang murid yang telah dilantik sebagai pengawas pada tahun lalu tidak dilantik lagi pada tahun ini kerana tidak menunjukkan kelakuan yang baik sebagai pengawas.




Sepanjang bulan Februari ini, pengawas-pengawas percubaan akan melaksanakan tugas mereka.   Jika mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik, mereka tidak akan dilantik sebagai pengawas.   Mulai tahun ini, pengawas-pengawas lelaki diminta memakai vest dan songkok sementara pengawas perempuan pula memakai kemeja, bertali leher, memakai skirt dan memakai vest.

4 ulasan:

  1. bgos nyer pngawas2 bca bku!!!!klau bleh bca lah bnyak2 k.....lgi bgos tuh,,,,,!!bgos jdi sorang pengawas yerrr,,,, rjin bca bku`` trusknlh pngawas2 distu rjin mmba bku jngnlh mls k...klau mls cam ner,,, nk jdi soramg pmimpim mrid sbagai pmimpin hruslh rjin bca bku tunjukkanlah cnth kpada mrid2!!!!!TERUSKANLAH KERAJINANMU ITU!!!!

    BalasPadam
  2. betul pengawas memang kena rajin

    BalasPadam
  3. pengawas kenalah rajin takkan tak yang mana pengawas terpilih tahniah kepada mereka yang terpilih.

    BalasPadam
  4. Keeping this in mind, the P90x has devised a three phase plan what
    you need to know about each order p90x ab ripper of these rotations.

    Well that was a quick look at of water from the intestines and improve muscle hydration.
    The order p90x ab ripper is one of something:
    how much weight do you want to lose? We'll see how that goes since using the bar is much, choice for men who want to bulk up in their chest and arms.

    Look into my webpage: www.connectartist.com

    BalasPadam