Rabu, 13 Julai 2011

*LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA*


Pada hari Sabtu, 9 Julai 2011 telah diadakan acara larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia.  Acara bermula seawal jam 7.00 pagi dengan pendaftaran para peserta larian.  Murid-murid yang mengambil bahagian merupakan murid-murid Tahap 2.


 

Acara pada pagi itu dimulakan dengan bacaan doa, senamrobik dan taklimat ringkas tentang kawasan larian.   Para peserta kemudiaannya berkumpul di pintu masuk sekolah untuk memulakan acara larian.  En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari telah diberi mandat untuk melepaskan murid-murid yang mengambil bahagian.
 

Kawasan larian meliputi 1.5 km dan terletak berhampiran dengan sekolah.   Guru-guru yang bertugas diletakkan di setiap cek point untuk mengawal murid-murid yang berlari.   Anggota polis trafik dari cawangan berhampiran juga dijemput untuk membantu mengawal lalu lintas pada pagi itu.

 

Setiap peserta yang berlari diberi sebuku roti dan sebotol air mineral.   Mereka juga akan menerima sijil penyertaan.  Beberapa orang guru juga turut mengambil bahagian dalam acara larian tersebut.  Majlis berakhir kira-kira jam 10.30 pagi dengan pengumuman keputusan markah rumah sukan yang mendapat markah tertinggi dalam acara larin pada kali ini.  

1 ulasan:

  1. Asalamualaikum, sya bertrima kasih kpada guru yang mgajar saya kpda guru yg mgajar 6cerdas 2010 kerana anda sya berjaya wlupun sya x dpt 5A or 4A 1B. terima ksih

    BalasPadam