Ahad, 19 Disember 2010

*TEKA-TEKI 2*

Terima kasih kerana berani untuk cuba menjawab teka-teki yang disediakan. Banyak kegunaan teka-teki.  Kita boleh gunakan teka-teki ini ketika bersembang dengan rakan atau saudara-mara.

Di dalam aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan pengakap, aktiviti teka-teki boleh digunakan.  Jika menaiki kenderaaan bersama ibu bapa atau menaiki bas bersama teman-teman, ajukanlah teka-teki ini.   Pasti perjalanan lebih meriah.   


Soalan teka-teki:

  1.  Kuih apa yang orang makan tepinya sahaja?  Tengah kuih tak dapat makan.



  2.  Kenapa di tepi rel kereta api diletakkan batu kerikil?

  3.  Lampu apa kalau dipecahkan keluar orangnya?

  4.  Kalau manusia panjat pokok nampak bukit, kalau kura-kura panjat pokok nampak apa?

  5.  Apabila makan pisang, buang kulit tapi kalau makan kulit buang apa?

  6.  Negara apa yang banjir dulu baru hujan?

  7.  Haiwan apakah badannya di kepala, kakinya di kepala, bahkan mata dan kepalanya pun di kepala?


  8.  Burung apakah badannya di kaki, kakinya di kaki, bahkan mata dan kepalanya pun di kaki?

  9.  Apakah perbezaan antara orang kurus dan orang gemuk?

10.  Dalam banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh diangkat?

11.  Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang mati apabila disiram air?

12.  Kenderaan apa yang pemandunya ramai, penumpangnya satu?

13.  Benda apa yang sekejap dia hitam, sekejap dia putih, sekejap dia hitam dan sekejap dia putih.?

14.  Benda apa, apabila kita lupa kita bawa, apabila kita ingat kita tinggalkan?


15.  Jika kapal terbang masuk laut, apa yang keluar?

16.  Banyak-banyak air, air apa yang berani?

17.  Banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?


18.  Banyak-banyak kasut, kasut apa yang paling keras?

19.  Amir dan Amirah mendapat anak.  Mereka namakan anak mereka Maria. Mengapa?

20.  Kamal hendak pergi ke bandar.   Tambang bas ke bandar 90 sen.  Kamal ada 80 sen je.  Bagaimana dia hendak ke bandar?


Jawapan teka-teki:

  1.   kuih donut

  2.   kalau letak pisang goreng, habis dimakan orang!


  3.   lampu rumah jiran sebelah.  Kalau kita pecahkan lampu dia, tentu dia keluar cari kita.

  4.   nampak benar tak logik.   Kura-kura mana pandai panjat pokok.

  5.   buang tebiat ler.

  6.   bahrain.  Bah = banjir, rain = hujan

  7.   kutu

  8.   burung mati terpijak.  Kita terpijak burung tu.  Tak kiralah burung apa.

  9.   orang kurus makan hati, orang gemuk makan ruang.  

10.   kotak penalti

11.   bunga api

12.   bukan kenderaan tapi usung jenazah ke perkuburan


13.   burung penguin jatuh bergolek-golek

14.   bunga kemuncup.. masa lalu kat padang.

15.   keluar surat khabar

16.   air terjun.  Berani terjun dari tempat tinggi.

17.   Sungai Besi

18.   kasut bata.  Batu bata.

19.   sebab anak dia perempuan

20.   Kamal kena buat muka 10 sen. 80 sen + 10 sen, cukuplah.

2 ulasan:

  1. Ali Imron bin Imam Shobar7 April 2011 pada 11:47 PG

    xfaham utk no 14?????

    BalasPadam
  2. Erm.. teka teki le katakan..
    masa ita lupa, kita bawa bunga kemuncup yg melekat kat seluar tu ke mana-mana.
    bila kita ingat kat seluar ada bunga kemuncup..kita akan buang bunga kemuncup tu.. ok ker penerangan ni?
    boleh faham ker?

    BalasPadam