Jumaat, 3 Disember 2010

*KEPUTUSAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 2010*

Pada hari Khamis, 11 November 2010 yang lalu, keputusan UPSR telah diumumkan di seluruh Malaysia.   En. Md. Shukri b. Sultani, GPK Kurikulum bersama 3 orang guru lagi iaitu Cikgu Nani (Setiausaha Peperiksaan), Cikgu Al Zu'ra (Penyelaras Tahun 6) dan Cikgu Suhailee (Guru Kelas 6 Arif) telah pergi ke Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru untuk mengambil keputusan UPSR bagi Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari.







Dalam keputusan UPSR tahun ini, seramai 16 orang murid telah mendapat 5A dan peratus keseluruhan murid yang lulus bagi semua subjek ialah 63%.   Walaupun keputusan ini agak merosot sedikit berbanding pencapaian tahun lepas, namun murid-murid dan guru-guru telah berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan keputusan yang terbaik.


Murid-murid yang mendapat 5A dan 4A 1B telah menerima slip peperiksaan masing-masing daripada En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari.   Sementara itu, murid-murid yang lain pula menerima slip peperiksaan UPSR daripada guru kelas masing-masing.   Ramai juga ibu bapa yang hadir untuk mengetahui keputusan peperiksaan anak-anak mereka.


Berikut ialah senarai nama murid yang mendapat 5A dalam UPSR 2010:

01. Hanani Syafiqah bt. Saad
02. Mohamad Asyraf Aiman b. Abdul Majeed
03. Mohamad Dharwis b. Norizan
04. Muhammad Arif Fahmi b. Zulkifli
05. Muhammad Haziq b. A Aziz
06. Muhammad Izzanie b. Razali
07. Muhammad Syahmi b. Amra
08. Nadhirah bt. Naim
09. Nur Atikah bt. Rossim
10. Nur Hasanah bt. Mazlan
11. Nurfitri Sarina bt. Zainul Fuadi
12. Nurul Afiqah bt. Mohd Azman
13. Nurul Afizah bt. Samiran
14. Nurul Ezzah bt. Noh
15. Rosha Inshira bt. Rosli
16. Siti Syahirah bt. Sidek


Murid-murid yang mendapat 5A telah menerima sumbangan hadiah wang daripada PIBG sekolah bernilai RM50 setiap seorang dalam Majlis Anugerah Cemerlang 2010.    Selain itu, pihak sekolah juga berbesar hati membawa murid-murid yang mendapat 5A dan 4A 1B menyertai rombongan ke Melaka atas kejayaan yang diperoleh.   Kepada murid-murid Tahun 6 yang lain, apa jua keputusan yang anda peroleh, janganlah berputus asa.   Terus berusaha.  Masih banyak peperiksaan yang perlu dilalui.   Semoga berjaya!

1 ulasan:

  1. dulu saya dapat 4A ..alhamdulillah.saya murid 6 coklat dulu..kelas kedua :)

    BalasPadam