Rabu, 25 Ogos 2010

*PROGRAM KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA JKJR*

Pada hari Rabu, 18 Ogos jam 8.00 pagi seramai 40 orang murid Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari bersama dengan 2 orang pengiring telah menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya.  Dua orang guru pengiring itu ialah En. Abd Majeed dan Pn. Asiah Munajam.



Kempen Keselamatan Jalan Raya ini anjuran Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta Jabatan Pelajaran Johor.  Dalam program tersebut, para pelajar telah diberi taklimat tentang keselamatan jalan raya serta berpeluang menaiki bas Iskandar Malaysia.



Program ini telah diadakan di SMK Tun Syed Nasir Ismail yang menjadi tuan rumah untuk laluan IM01. (Sila rujuk jadual perjalanan bas Iskandar Malaysia).   Pengangkutan pergi dan balik murid-murid ini diuruskan oleh Bas Iskandar Malaysia.  Sebelum pulang, murid-murid berpeluang bergambar dengan para pegawai dari PPD, IRDA dan JKJR.  Murid-murid juga menerima cenderamata sebagai kenangan.

1 ulasan:

  1. Insya-Allah, di lain Tahun pihak berkuasa wilyah iskandar (IRDA) akan menjalankan program-program seperti berikut.

    BalasPadam