Sabtu, 3 Julai 2010

*KECEMERLANGAN PASUKAN HOKI*

Pasukan Hoki SK Mohd Khir Johari sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila melakar sejarah ke peringkat yang lebih tinggi.   Di bawah bimbingan Cikgu Sofi b. Ahmad, 3 orang pemain hoki sekolah kita yang mewakili Negeri Johor telah berjaya mendapat tempat kedua dalam perlawanan hoki MSSM.   Satu pencapaian yang membanggakan.   3 orang pemain hoki sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah ialah Nur Shuhadah bt. Mohd Zani 6C, Nadia bt. Nasoha 6B dan Nur Izzati bt. Khalid 6B.


Perlawanan hoki tersebut diadakan pada 6 hingga 12 Jun di Stadium KPM, Kuala Lumpur. Pada pusingan awal, pasukan hoki Negeri Johor telah berjaya menewaskan Pulau Pinang (2-1) dan Pahang (2-0). Namun seri dengan Kuala Lumpur (0-0).  Pada pusingan suku akhir, pasukan Johor berjaya menewaskan Selangor (2-0).  Walau bagaimanapun, pasukan Johor dikalahkan oleh Kelantan pada pusingan separuh akhir (1-3). 


Bagi penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan Johor berjaya mengalahkan Perak (1-0).   Pada akhir pertandingan, pihak urus setia mendapati pasukan Kelantan tidak mematuhi peraturan dengan menghantar peserta berumur 13 tahun.   Maka pasukan mereka dibatalkan dan pasukan Hoki Johor diangkat ke tempat kedua.  Kuala Lumpur pula di tempat pertama dan Perak ketiga.  Tahniah kepada pasukan hoki SK Mohd Khir Johari kerana mengharumkan nama sekolah dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.

1 ulasan: