Jumaat, 2 April 2010

*MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS, PENGAWAS PERPUSTAKAAN, KETUA DARJAH DAN PENOLONG KETUA DARJAH*

Pada hari Isnin, 29 Mac 2010 jam 7.30 pagi, Jawatankuasa Disiplin Sekolah telah mengadakan Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan untuk para Pengawas, Pengawas Perpustakaan, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah.   Majlis perhimpunan khas ini dimulakan dengan bacaan doa dan diikuti dengan nyanyian tiga rangkaian lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Johor dan Lagu Sekolah.


Penyampaian watikah pelantikan telah disempurnakan oleh En. Md.Shukri b. Sultani, GPK Kurikulum SK Mohd Khir Johari.   Murid-murid yang dilantik menjadi pengawas sekolah atau pengawas perpustakaan adalah berdasarkan kepada minat dan kebolehan.   Barisan Ketua Darjah dan Penolong dipilih oleh guru kelas mengikut kelayakan.   Mereka menerima watikah pelantikan dan berikrar untuk menjalankan tugas dengan penuh bertanggungjawab.  

Kira-kira 150 orang pengawas sekolah telah dilantik.   Pada tahun ini para pengawas lelaki diminta memakai songkok dan "vest" jika berkemampuan.   Pengawas perempuan dari kelas Arif dan Bestari pula digalakkan memakai baju kemeja dan skirt labuh terutama semasa majlis khas.   Sementara itu, 30 orang pengawas perpustakaan juga menerima watikah pelantikan.   Pengawas perpustakaan memakai baju dan tudung berwarna kuning.  

Dalam majlis itu juga, En. Md. Shukri b. Sultani selaku wakil Guru Besar telah menyampaikan ucapan. Beliau mengingatkan murid-murid yang telah dilantik agar ikhlas dan komited dalam menjalankan tugas.

2 ulasan:

  1. siapa ketua pengawas dan penolongnye?

    BalasPadam
  2. siti aisyah 5 dinamik15 Jun 2011 pada 10:27 PTG

    wah... x sangka ramai juga pengawas di sekolah seye heeee
    lain kali bila nak berikra jangan lah muka tu
    masam jee
    senyum lah sikit pakai baju lawa2 tapi muka macam CENKODOK BASI je....
    kikikikikikiki

    BalasPadam