Selasa, 12 Julai 2011

*PROGRAM PENGANTARABANGSAAN SEKOLAH BRUNEI DARUSSALAM KE JOHOR BAHRU*


Pada hari Khamis, 23 Jun yang lalu bermula jam 8.30 malam telah diadakan majlis penutupan rasmi Program Pengantarabangsaan Sekolah Brunei Darussalam ke Johor Bahru.   Majlis yang diadakan di Dewan SK Sri Tebrau telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En. Md. Hasidin b. Hj. Zaini, Timbalan Pengarah Pelajaran Johor.  Pasukan ghazal dan tarian dari SK Mohd Khir Johari telah dijemput untuk memeriahkan majlis yang gilang - gemilang itu.



Pasukan Ghazal sekolah telah dibimbing oleh Pn. Jamilah bt. Sawel dan dibantu oleh En. Mohd Azreen Naimi b. Mohd Zain.   Sementara pasukan tarian sekolah dilatih oleh En. Taufik b. Hadir.   Pn. Rafidah bt. Md. Yussup, GPK Kokurikulum SK Mohd Khir Johari telah menyelaras persembahan dari SK Mohd Khir Johari.


Majlis pada malam itu merupakan majlis penutup sempena lawatan delegasi Brunei ke Johor Bahru.  Lawatan dari Brunei ini merupakan lawatan balas sempena lawatan yang pernah dibuat oleh delegasi dari Johor Bahru sebelum ini.  Majlis pada malam itu diakhiri dengan persembahan dari para pelajar Brunei yang menunjukkan keunikan tarian negara mereka.  Buat pasukan ghazal dan tarian dari SK Mohd Khir Johari, tahniah atas persembahan yang hebat untuk majlis satu hati dua negara itu

1 ulasan:

  1. Husnul Khotimah BT Imam Shobar4 Ogos 2012 pada 11:08 PG

    ALL THE BEST!!!Semoga dapat buat camni lagi.

    BalasPadam