Rabu, 13 Julai 2011

*PERTANDINGAN GHAZAL PERINGKAT NEGERI JOHOR*


Pada 1 hingga 3 Julai yang lalu, pasukan Ghazal Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari di bawah pimpinan Pn. Jamilah bt. Sawel dan dibantu oleh En. Mohd Azreen Naimi telah menyertai Pertandingan Ghazal Terbuka Negeri Johor.   Pertandingan ini diadakan di Dewan Orang Ramai, Parit Raja Batu Pahat, Johor.



Dalam pertandingan tersebut, sebanyak 8 buah sekolah rendah seluruh negeri Johor dan 15 buah sekolah menengah telah mengambil bahagian.   Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari menghantar 9 orang peserta ke pertandingan tersebut.   Pertandingan yang dijalankan selama tiga hari itu dibahagikan kepada peringkat separuh akhir dan peringkat akhir untuk sekolah-sekolah yang bertanding.


Berkat kesungguhan dan berbekalkan pengalaman, pasukan Ghazal SK Mohd Khir Johari akhirnya mengungguli pertandingan tersebut dengan berjaya menjadi johan lantas membawa pulang piala pusingan dan wang tunai RM2000.   Tahniah atas usaha dan kesungguhan yang telah ditunjukkan.


2 ulasan:

  1. Salam, saya ingin bertanya adakah pihak sekolah menyediakan perkhidmatan ghazal berbayar untuk majlis perkahwinan kerana saya amat tertarik dengan kumpulan ghazal Sek Khir Johari ini.

    BalasPadam
  2. Husnul Khotimah BT Imam Shobar4 Ogos 2012 pada 11:03 PG

    tahniah kpd guru-guru yg brjaya memimpin murid-murid SKMKJ

    BalasPadam