Sabtu, 26 Februari 2011

*MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS/PENGAWAS PERPUSTAKAAN DAN KETUA DARJAH*


Pada hari Isnin, 14 Februari 2011, pihak sekolah telah menyampaikan watikah pelantikan pengawas, pengawas perpustakaan dan ketua darjah.   Majlis ini telah disempurnakan oleh...


En. Zamani b. Hj. Ahmad, Guru Besar SK Mohd Khir Johari.


En. Mohd Rizal b. Rosli selaku guru pengawas pada tahun 2011 membaca senarai nama murid yang telah dipilih menjadi pengawas berdasarkan kelayakan dan komitmen yang telah ditunjukkan.  Terdapat juga pengawas 2010 yang dilucutkan jawatan kerana tidak berdisiplin dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.


Majlis pada pagi itu dimulakan dengan penyampaian watikah kepada para pengawas.   Kemudian, En. Naidatul Zamrizam b. Abu pula menjemput para pengawas perpustakaan sekolah untuk menerima watikah pelantikan.   Ini diikuti dengan penyampaian jaket keselamatan kepada barisan ketua darjah.



Seterusnya, Ketua Pengawas 2011 iaitu Fahan Najmi b. Mohd Nazri mengetuai bacaan ikrar.  Para pengawas, pengawas perpustakaan dan ketua darjah mengikut bacaan ikrar tersebut beramai-ramai.  Para guru dan murid-murid menyaksikan majlis pelantikan tersebut yang diadakan di dewan sekolah.


Selepas penerimaan watikah, En. Zamani b. Hj. Ahmad, menyampaikan ucapan atas majlis pelantikan pada pagi itu.   Antara lain, tuan guru besar mengingatkan agar murid-murid yang dilantik sentiasa menjaga nama baik sekolah dan jawatan yang mereka sandang.



Semoga semua murid yang terpilih dalam pelantikan ini dapat menjalankan tugas dengan baik dan sempurna.  Pastinya segulung sijil penghargaan akan menanti mereka pada penghujung tahun nanti.   Serangkap pantun Melayu buat semua:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan;
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.

2 ulasan:

  1. selamat maju jaya sk mohd khir johari.... dah lama saya tinggalkan sekolah ini.... darjah enam tahun 1979.... dah banyak perubahan yang berlaku... dan sekarang saya pun dah lama mengajar di sekolah menengah di kota tinggi.... semoga anak2 yang menjadi anak didik di sekolah ini... akan terus maju jaya dan menjadi insan yang berguna...

    BalasPadam
  2. terima kasih cikgu sy berdoa agar cikgu maju jaya walaupun sy tak mengenali cikgu terima kasih.

    BalasPadam