Pada jam 11.00 pagi hari Isnin, 11 Januari 2010 pihak sekolah telah mengadakan kunjungan ke rumah murid yang terlibat dalam kebakaran. Guru-guru dari Badan Kebajikan Sekolah Mohd Khir Johari yang diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum iaitu En. Md. Shukri b. Sultani bertemu dengan ahli keluarga mangsa musibah kebakaran itu.
Memaparkan catatan dengan label kebakaran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kebakaran. Papar semua catatan
Rabu, 13 Januari 2010
Ahad, 10 Januari 2010
*KEBAKARAN DI KG. MELAYU MAJIDI*
Pada hari Ahad, 10 Januari sekitar jam 3.45 pagi suatu kebakaran telah berlaku di Jalan Berkat, Kg. Melayu Majidee. Kebakaran ini melibatkan dua buah rumah dan kawasan berhampiran. Litar pintas yang berlaku di bahagian dapur rumah tersebut dikatakan menjadi punca kebakaran. Api yang marak dengan cepat telah memusnahkan segala-galanya termasuklah peralatan sekolah dan buku teks dua orang murid SK Mohd Khir Johari. Mujur tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Langgan:
Catatan (Atom)
