Memaparkan catatan dengan label Pertandingan Hoki. Papar semua catatan

Selasa, 5 April 2011
*PERTANDINGAN HOKI MSSD 2011*
Pada 21 Mac yang lalu, bertempat di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Johor Bahru telah diadakan pertandingan hoki MSSD Johor Bahru. Acara bermula pada jam 8.00 pagi dan...
Sabtu, 3 Julai 2010
*KECEMERLANGAN PASUKAN HOKI*
Pasukan Hoki SK Mohd Khir Johari sekali lagi mengharumkan nama sekolah apabila melakar sejarah ke peringkat yang lebih tinggi. Di bawah bimbingan Cikgu Sofi b. Ahmad, 3 orang pemain hoki sekolah kita yang mewakili Negeri Johor telah berjaya mendapat tempat kedua dalam perlawanan hoki MSSM. Satu pencapaian yang membanggakan. 3 orang pemain hoki sekolah yang telah mengharumkan nama sekolah ialah Nur Shuhadah bt. Mohd Zani 6C, Nadia bt. Nasoha 6B dan Nur Izzati bt. Khalid 6B.
Perlawanan hoki tersebut diadakan pada 6 hingga 12 Jun di Stadium KPM, Kuala Lumpur. Pada pusingan awal, pasukan hoki Negeri Johor telah berjaya menewaskan Pulau Pinang (2-1) dan Pahang (2-0). Namun seri dengan Kuala Lumpur (0-0). Pada pusingan suku akhir, pasukan Johor berjaya menewaskan Selangor (2-0). Walau bagaimanapun, pasukan Johor dikalahkan oleh Kelantan pada pusingan separuh akhir (1-3).
Bagi penentuan tempat ketiga dan keempat, pasukan Johor berjaya mengalahkan Perak (1-0). Pada akhir pertandingan, pihak urus setia mendapati pasukan Kelantan tidak mematuhi peraturan dengan menghantar peserta berumur 13 tahun. Maka pasukan mereka dibatalkan dan pasukan Hoki Johor diangkat ke tempat kedua. Kuala Lumpur pula di tempat pertama dan Perak ketiga. Tahniah kepada pasukan hoki SK Mohd Khir Johari kerana mengharumkan nama sekolah dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.

Jumaat, 19 Mac 2010
*PERLAWANAN HOKI PERINGKAT DAERAH JOHOR BAHRU*
Pada hari Sabtu, 6 Mac 2010, SK Mohd Khir Johari telah menjadi Pengerusi Pertandingan Hoki Daerah Johor Bahru. Guru-guru dari SK Mohd Khir Johari telah dilantik menjadi AJK bagi pertandingan tersebut di bawah seliaan Pn. Cheok Chai Hoon, GPK Kokurikulum dan En. Mohd Sofi, Setiausaha Kokurikulum.
Pertandingan yang diadakan di Stadium Hoki Majlis Bandar Raya Johor Bahru mendapat penyertaan sekolah-sekolah daerah Johor Bahru dan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan perempuan. Walaupun dalam cuaca panas terik, para pemain telah menunjukkan kesungguhan dan bermain dengan semangat kesukanan yang tinggi.
Setelah berjuang habis-habisan, akhirnya pasukan hoki perempuan SKMKJ telah berjaya mendapat tempat kedua dan 9 orang pemain telah dipilih untuk mewaikili daerah Johor Bahru ke peringkat negeri. Sementara itu, pasukan hoki lelaki tidak mendapat sebarang tempat namun 5 orang pemain telah terpilih untuk mewaikil daerah Johor Bahru ke peringkat negeri.

Langgan:
Catatan (Atom)