Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Semasa. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Januari 2011

*HARI TANPA BEG PLASTIK*

Bermula hari Sabtu, 1 Januari 2011, semua pasar raya di seluruh negara telah diarahkan melaksanakan kempen "Hari Tanpa Beg Plastik".  Kempen yang dikendalikan oleh...

Selasa, 26 Januari 2010

*SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI*

Pada 25 Januari 2010, Timbalan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan senarai 20 buah sekolah yang terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi.   Perkara ini dilakukan dalam usaha mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.

Mampukah Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari mencapai taraf tersebut?  Tepuk dada tanya selera, tepuk dahi tanyalah hati.   Kejayaan sesebuah sekolah tidak hanya bergantung kepada guru dan murid semata-mata tetapi juga masyarakat di sekelilingnya.




Sabtu, 23 Januari 2010

*BERKABUNG SELAMA 7 HARI*

Sultan Johor, Sultan Iskandar Al-Marhum Sultan Ismail telah mangkat di Hospital Pakar Puteri pada jam 7.15 malam hari Jumaat, 22 Januari 2010.   Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pada satu sidang akhbar.   Jenazah Al-Marhum Sultan Iskandar akan disemayamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada jam 2.00 petang esok.

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar yang dilantik sebagai Pemangku Raja akan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada jam 1 petang di Istana Besar.   Esok (Sabtu), 23 Januari 2010 diisytiharkan cuti umum untuk seluruh negeri dan Johor akan berkabung selama tujuh hari.


Rabu, 20 Januari 2010

*RUMAH GURU - SIAPA YANG LAYAK?*

Antara keistimewaan SK Mohd Khir Johari ialah rumah guru yang terletak berhampiran padang sekolah.   Sejak pembinaan sekolah ini sekitar tahun 1956 terdapat beberapa buah rumah guru telah dibina untuk memberi kemudahan tempat tinggal kepada guru-guru yang mengajar di sini.   Rumah guru yang asal telah dibina dalam bentuk "rumah sesebuah" dan diperbuat daripada papan.

Kini masa telah berubah.   Rumah guru yang lama telah usang dan perlu diganti.  Akhirnya pada penghujung tahun 2009 terbinalah dua blok rumah guru. Blok A ialah setinggi 3 tingkat sementara Blok B pula 4 tingkat.   Mereka yang diberi peluang tinggal di sini bukanlah 100% guru-guru SK Mohd Khir Johari tetapi juga kakitangan pendidikan yang lain.

Hanya 6 orang guru SK Mohd Khir Johari yang bertuah dan layak tinggal di rumah guru ini.