Pada hari Sabtu, 24 Mac yang lalu, Masjid Kg. Melayu Majidi, Johor Bahru telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1433 Hijrah untuk warga Kampung Melayu Majidi.
Sambutan pada tahun ini lebih meriah kerana telah diadakan pelbagai pertandingan yang melibatkan warga tua, belia dan kanak-kanak. Pihak sekolah juga telah diminta mengambil bahagian dalam pertandingan perarakan bagi unit beruniform.
Pasukan pengakap sekolah, TKRS, puteri Islam dan PBSM telah mengambil bahagian dalam perarakan tersebut. Pelbagai kain rentang telah disediakan bagi memeriahkan majlis tersebut.
Syabas kepada adik-adik yang telah mengambil bahagian. Tahniah juga kepada guru-guru yang telah memberi kerjasama dalam majlis permuafakat penduduk ini.
Memaparkan catatan dengan label Maulidur Rasul. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maulidur Rasul. Papar semua catatan
Rabu, 28 Mac 2012
Rabu, 4 Mei 2011
*SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H/2011M*
Pada tanggal 28 April 2011 (Khamis) bersamaan 24 Jamadil Awal 1432 telah diadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul untuk warga Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari. Majlis yang bermula pada jam 8.00 pagi telah menjemput...
Isnin, 28 Mac 2011
*MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H*
Pada 3 hingga 6 Mac yang lalu, Masjid Jamek Kampung Melayu Majidi yang terletak bersebelahan Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 1432H...
Khamis, 29 April 2010
*MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 DAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431H*
Tanggal 17 April (Sabtu) yang lalu, Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengadakan dua aktiviti utama sekolah secara serentak iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke-33 dan Sambutan Maulidur Rasul 1431H.
Langgan:
Catatan (Atom)




