Tabung Pembinaan Surau mula dibuka.
Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari yang terletak di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, Johor merupakan sebuah Sekolah Melayu yang mula dibina sejak tahun 1956. Kini selepas hampir separuh abad, pihak sekolah bersama PIBG merancang untuk membina surau bagi keperluan murid-murid selaras dengan program Kem Bestari Solat yang mula diperkenalkan di sekolah-sekolah.
Kepada tuan puan, murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan bekas pelajar/guru/staf di sekolah ini berpeluang untuk membuat sumbangan kepada sekolah dalam usaha pembinaan Surau SK Mohd Khir Johari.
Sumbangan Derma Terus ke Akaun Maybank Islamic
No. Akaun : 5515 - 9300 - 6788
atas nama "Tabung Derma Surau SK Mohd Khir Johari"
Maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi:
Tn. Hj. Ali b. Senawi : 019-7498787
Ustazah Norzakiah : 016-7782169
En. Rahmat : 019-7147053
Memaparkan catatan dengan label Pembinaan Surau. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Julai 2010
Ahad, 23 Mei 2010
*PEMBINAAN SURAU*
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari sedang berusaha untuk mengumpul dana bagi pembinaan sebuah surau untuk menampung keperluan murid-murid dan guru-guru menunaikan solat dan menjalankan aktiviti agama.
Surau yang sedia ada sekarang merupakan sebuah bilik darjah yang diubah suai. Sejak pembinaan sekolah pada tahun 1956, tiada bangunan khas yang diperuntukkan untuk surau. Lantaran itu, bagi memenuhi keperluan semasa dalam usaha meningkatkan kemudahan di sekolah, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG sedang berusaha mengumpul dana dan mencari tapak yang sesuai di dalam kawasan sekolah untuk mewujudkan surau yang dicadangkan.
( Sering berlaku salah tanggapan dalam kalangan ibu bapa bahawa pihak sekolah mendapat peruntukan yang besar daripada Kementerian Pelajaran untuk projek-projek pembangunan. Namun keadaan ini tidak semestinya benar. Buktinya kantin sekolah telah wujud sejak tahun 1956 dan belum ada lagi peruntukan untuk membaik pulih. Banyak perkara yang perlu diusahakan sendiri oleh pihak sekolah bagi menjayakan sesuatu projek dan sokongan ibu bapalah yang menjadi tulang belakang kemajuan sesebuah sekolah ini. )
Marilah kita menjayakan usaha murni pembinaan surau ini tanpa sebarang prejudis.

Langgan:
Catatan (Atom)
.jpg)

.jpg)
.jpg)