Memaparkan catatan dengan label Disiplin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Disiplin. Papar semua catatan

Selasa, 20 April 2010

*SPOT CHECK MURID-MURID SESI PAGI*

Pada hari Isnin, 19 April 2010 Unit Disiplin dan Pengawas Sekolah menjalankan "spot check" terhadap murid-murid sesi pagi.   Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang berkumpul di dalam dewan diperiksa oleh guru-guru sesi pagi selepas perhimpunan.

Sabtu, 23 Januari 2010

*PROGRAM JEJAK MURNI SKMKJ & SMKTSNI*

Pada hari Rabu, 20 Januari 2010, 3 orang guru dari Unit Disiplin dan 2 orang guru dari Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Mohd Khir Johari telah berkunjung ke SMK Tun Syed Nasir Ismail.   Mereka terdiri daripada Cikgu Zakaria, Cikgu Nai, Cikgu Azizilfikri, Cikgu Zakiah dan Cikgu Mariany.

Tujuan kunjungan ini diadakan untuk mengetahui keadaan bekas murid Tahun 6 SK Mohd Khir Johari yang kini menjadi pelajar di SMK Tun Syed Nasir Ismail.   Fokus utama diberikan kepada disiplin pelajar dan salah laku yang dilakukan oleh mereka.


Khamis, 14 Januari 2010

*TAKLIMAT DISIPLIN KEPADA MURID TAHUN 4, 5 DAN 6*

Bermula dari hari Selasa, 12 Januari hingga hari Khamis, 14 Januari., murid-murid sesi pagi diberi taklimat tentang peraturan dan disiplin sekolah.  Hari Selasa untuk Tahun 6, hari Rabu untuk Tahun 5 dan hari Khamis untuk Tahun 4.



Rabu, 6 Januari 2010

*PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH 2010*

Lembaga Disiplin Sekolah 2010 telah bermesyuarat  pada hari Rabu, 6 Jan 2010 untuk memutuskan perkara-perkara yang berkaitan dengan disiplin sekolah.


Guru Penolong Kanan HEM - Pn. Hjh. Junidah bt. Talib
Guru Disiplin Pagi - En. Zakaria b. Hashim
Guru Pengawas Pagi - Pn. Norzakiah bt. Sakdilah
Guru Disiplin Petang - Pn. Jamilah bt. Sawel
Guru Pengawas Petang - En. Zahri b. Zabir