Rombongan ini diketuai oleh En. Abdul Aziz How b. Abdullah, Pegawai PPD Johor Bahru. Beberapa orang guru pengiring dari sekolah yang terpilih turut serta dalam lawatan ini. Dua orang wakil dari Fitrah Media iaitu En. Marzuki dan En. Harun juga menyertai rombongan ini. Setiap sekolah rendah menghantar 2 orang murid sementara sekolah menengah menghantar 3 orang pelajar.
5 buah sekolah menengah dan 5 buah sekolah rendah yang terlibat dalam lawatan ini ialah:
SMK Bandar Baru Uda
SMK (P) Sultan Ibrahim
SMK Saint Joseph (B)
SMK Tasek Utara
SM Teknik Johor Bahru
SK Tasek Utara
SK Mohd Khir Johari
SK Tanjung Puteri
SK Taman Suria
SK Kompleks Uda
Sebelum berangkat, para peserta bersua muka dengan YB Tn. Hj Adam b. Sumiru, ADUN Tanjung Puteri. Beliau menyampaikan amanat kepada para peserta. Seterusnya, beliau menyerahkan bendera Negeri Johor kepada ketua kontinjen. Para peserta rombongan menaiki bas SMK Teknik Johor Bahru ke destinasi yang ditetapkan. Peserta dari SK Mohd Khir Johari ialah Muhammad Mujahid Danial b. Mohd Shukri dan Najiha Arissa bt. Norhisam.
Kami kemudiannya dibawa ke Studio TV UiTM. Di situ, kami diberi penerangan tentang proses rakaman, proses penerbitan dan teknik pengendalian kamera video di dalam studio. Para pelajar mencuba sendiri peralatan yang disediakan dengan pengawasan para pensyarah dan pekerja di situ.
Selesai sahaja penerangan di Studio TV, kami dibawa ke Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Salah seorang pelajar yang menyertai rombongan ini telah diberi peluang menyampaikan ucapan. Antara kandungan ucapannya ialah pembangunan di Nusajaya dan aktiviti kelab radio dan media sekolah. Selepas itu, pihak Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media menjemput para peserta rombongan ke jamuan ringan yang disediakan.
Pada sebelah malam pula, para peserta menginap di Pangsapuri Intekma Resort & Convention Centre, Shah Alam. Bilik-bilik penginapan "twin sharing" dan "triple sharing" disediakan. Keadaan pangsapuri ini agak selesa malah terdapat kafe, dewan dan kolam renang. Para peserta juga menghadiri bengkel pengurusan KEMRADS yang dikendalikan oleh DJ Senja dan HBO.
Keesokan paginya selepas bersarapan, kami bertolak ke Taylors Universitiy Lakeside Campus. Pusat pembelajaran yang moden dan dilengkapi pelbagai kemudahan.
Pada ketika itu, pihak universiti mengadakan bengkel dan promosi Planet Radio Malaysia untuk semua stesen radio di Malaysia. Para pelajar juga berpeluang merakamkan suara dan memuat turun rakaman tersebut melalui internet.
Kira-kira jam 1.30 petang, bas SMK Teknik Johor Bahru mula bergerak meninggalkan Shah Alam menuju ke selatan tanah air. Kemudian, kami berhenti makan di kawasan rehat Dengkil, Seremban dan menunaikan solat jamak serta qasar untuk Zohor dan Asar. Akhirnya pada jam 6.00 petang, para peserta menjejakkan kaki semula di PPD Johor Bahru. Syukur, semua peserta tiba dengan selamat dan pulang dengan membawa kenangan dan misi untuk pelaksanaan KEMRADS di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan