GURU BESAR SK MOHD KHIR JOHARI
Pn. Yos Fatimah bt. Selamat
GURU PENOLONG KANAN KURIKULUM
Pn. Hjh. Fatimah bt. Abd. Rahman
GURU PENOLONG KANAN HEM
En. Muhamad b. Aziz
GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
Pn. Rafidah bt. Yussof
GURU PENOLONG KANAN PETANG
Pn. Inon bt. Markusin
MISI
Kakitangan Sekolah Kebangsaan Mohd. Khir Johari dengan rasa penuh ta’zim dan keyakinan diri berhasrat untuk mencapai visi sekolah dengan cara :
1. Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan yang cekap, berkesan, canggih, dinamik dan berteraskan kepada pembaharuan yang berterusan.
2. Menguruskan kerja dengan cekap, pantas, dan bijaksana dengan mengamalkan ciri-ciri kerja yang berdedikasi, penuh komited, berdisiplin, bertanggungjawab, dan produktif.
3. Sentiasa peka dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan masyarakat dan negara dengan berusaha menentukan murid-murid lepasan sekolah ini mempunyai nilai-nilai teras yang ditetapkan dan ciri-ciri yang selaras dengan falsafah dan wawasan pendidikan negara.
VISI
Melahirkan murid-murid yang berketrampilan dalam semua bidang tanpa mengira latar belakang agama dan keturunan bagi merealisasikan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.LOGO
Cogan kata “MAJU” mempunyai istilah yang membawa erti :
M ~ Maju
A ~ Aneka
JU ~ JUrusan
MAJU ~ Maju Aneka JUrusan
Gambar obor membawa erti semangat yang kuat.
Gambar rajah segitiga membawa erti menuju ke arah yang dituju (tujuan).
Gambar bulatan membawa erti perpaduan.
Warna :
Merah ~ Berani
Putih ~ Jujur
Biru ~ Kedamaian
Bentuk permata menunjukkan semangat dan agama yang kuat untuk kehidupan dan masa depan yang cerah
Warna merah, biru dan putih berjalur menunjukkan:
Sekolah ini terletak di dalam Negeri Johor, Malaysia.
Warna merah bermaksud:
Keberanian dan keazaman dalam mencapai cita-cita.
Warna biru bermaksud:
Ketabahan hati dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan.
Warna :putih bermaksud:
Kedamaian, kejujuran dan kesucian dalam hidup.MOTTO
SKMKJ NO. 1 DI ZON MAJIDIIKRAR MURID
Bahawasanya saya murid Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari berikrar dan berjanji untuk menumpukan sepenuh hati dan tenaga mematuhi peraturan-peraturan sekolah untuk meningkatkan pencapaian baik dalam pelajaran, persatuan dan sukan, menjaga kebersihan dan harta benda sekolah, menghormati guru-guru dan kakitangan, menjaga nama baik sekolah untuk menjadi warganegara yang berjasa kepada bangsa, negara dan agama.LAGU SEKOLAH
"MAJU"Sekolahku Khir Johari
Tempat menimba ilmu pengetahuan
Teruskan cita murni
Menuju kejayaan
Cogankatamu berseru
Majulah tuk mencapai cita-cita
Majulah terus maju
Semai ilmu di dada
Teguhkan... semangat...
Tunaikan azam cita-cita bangsa
Hidupkan... selamat...
Berjaya dan berjasa
Pada Tuhan kupohonkan
Kekalkan nilai murni sekolahku
Semoga dikabulkan
Majulah terus maju
Dicipta : En. Ali b. Ahmad
(Senikata lagu ini berdasarkan buku peraturan sekolah)