Jumaat, 19 November 2010

*GAYA TIDUR*

Berapakah usia anda?
Apakah tidur menjadi kegemaran anda?
Adakah tidur anda lena?
Berapa lamakah anda tidur setiap hari?

Pernahkah anda terfikir bahawa gaya tidur anda mempengaruhi sifat dan tingkah laku anda.  Mari kita lihat kajian yang dibuat oleh pakar-pakar motivasi tentang gaya tidur seseorang.


Tidur dengan tangan di belakang kepala
Anda seorang yang bijak dan bersungguh-sungguh ketika belajar.  Anda suka berangan-angan dan mempunyai pelbagai idea.   Kadang-kadang idea anda agak pelik dan payah untuk diikuti oleh orang lain.  Anda mampu menjaga keluarga dengan baik namun sukar untuk menyayangi orang lain.  Anda seorang yang cerewet!

Tidur dengan kaki bersilang
Anda seorang yang obses pada sesuatu perkara.  Kalau anda meminati sesuatu benda, sukar untuk anda melupakannya.   Anda juga suka memikirkan tentang diri anda dan gemar bersendirian.   Walaupun mempunyai sifat bertolak ansur tetapi anda sukar menerima perubahan.  Anda seorang yang fanatik!

Tidur terlentang dengan tangan dan kaki terbuka
Anda seorang yang suka kebebasan dan gemar menonjolkan diri.   Walaupun begitu, anda bersifat penyayang dan suka kepada keindahan.   Anda gemar berbelanja dan boros.   Satu lagi sikap anda ialah suka "menjaga tepi kain orang".   Anda suka pada gosip!

 Tidur mengiring dan baring pada satu sisi
Gaya ini menunjukkan anda mempunyai keyakinan diri yang tinggi.   Anda akan berjaya dalam apa-apa yang diusahakan atas usaha sendiri yang tidak mengenal erti putus asa.   Anda yang tidur mengiring sebelah kanan dan meletakkan tangan di bawah pipi akan menjadi orang yang bertuah dan dirahmati.   Anda seorang yang hebat!

Tidur meniarap 
Anda seorang yang tidak berfikiran terbuka.   Kemungkinan, anda juga tidak mempedulikan hal orang lain.   Anda juga suka memaksa orang lain supaya memenuhi keperluan anda.   Anda seorang yang kurang berhati-hati dan tidak teratur.  Anda bermasalah!

Tidur mengiring dan badan meringkuk
Anda digambarkan seorang yang pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam.   Mereka yang berada di sekeliling anda perlu berhati-hati.   Anda seorang yang pemarah!

 
Tidur mengiring dengan sebelah kaki ke atas
Anda seorang yang suka mengeluh (complaining) dan mengadu tentang sesuatu perkara.   Anda juga seorang yang mudah gementar.   Kadangkala sesuatu hal yang kecil pun boleh menjadikan anda terlebih gembira atau terlalu sedih.   Sebenarnya anda mudah tertekan!

Tidur mengiring dengan sebelah tangan di atas tubuh
Anda seorang yang lemah lembut, ikhlas dan berbudi bahasa.   Namun, anda bukanlah seorang yang sempurna.   Anda suka belajar daripada kesilapan untuk meningkatkan keyakinan diri.   Kebahagiaan sering muncul dalam diri anda.   Anda seorang yang sopan!

Gaya tidur anda mungkin berbeza-beza sepanjang masa tidur anda.   Walau bagaimanapun, pilihlah gaya tidur yang sesuai agar anda dapat tidur dengan lena untuk bangkit pada keesokan harinya dalam keadaan segar dan cergas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan