INFO

Misteri Kematian Burung dan Hidupan Laut

Petikan Kosmo, 5 Januari 2011.

Misteri ikan dan burung mati di Arkansas.


Sepasang suami isteri melihat seekor burung hitam yang jatuh dari
langit dan mati di bandar Beebe, Arkansas pada Sabtu lalu.


BEEBE - Misteri menghantui negeri Arkansas apabila lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati disepanjang 32 kilometer tebing dan di permukaan Sungai Arkansas berhampiran Ozark yang terletak kira-kira 200 kilometer dari bandar Beebe, di negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Ikan-ikan tersebut ditemui oleh seorang pemandu bot tunda pada Khamis lalu, 200 kilometer dari Beebe.  Pakar alam sekitar percaya bahawa ikan-ikan itu mati akibat penyakit.

"Hanya satu spesis ikan yang mati dan kami tidak tahu puncanya.   Jika disebabkan toksik, semua ikan mesti terjejas," kata seorang pegawai dari Jabatan Kualiti Alam Sekitar, Travis Harmon.

Pegawai-pegawai perikanan mengambil beberapa ekor ikan yang mati berhampiran Roseville untuk diuji.

Jurucakap Suruhanjaya Perikanan dan Sukan Arkansas, Keith Stephens memberitahu, masalah kematian ikan berlaku setiap tahun dan ia sesuatu yang luar biasa.

Seorang pakar, Dr. Andrew Goodwin dari Jabatan Perikanan dan Akuakultur, Universiti Arkansas menyatakan perubahan drastik antara cuaca sejuk dan panas boleh membuatkan ikan terkejut dan membunuh mereka. 

"Faktor yang memberi impak kepada ikan itu ialah perubahan suhu yang ketara," katanya.

Kematian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit dan mati, 1.6 kilometer dari bandar Beebe pada malam tahun baru.

Insiden pelik yang kelihatan tidak mempunyai hubungan di antara satu sama lain itu nyata membingungkan penduduk Arkansas.

Para saintis menyatakan bunga api mungkin menyebabkan kematian burung itu.   Namun, beberapa pegawai yang memeriksa burung itu menyatakan mereka masih belum pasti mengenai punca kematian haiwan tersebut.


Sebahagian daripada lebih 100,000 ekor ikan yang ditemui mati 
di Sungai Arkansas, Arkansas pada Khamis lalu.

Satu lagi teori ialah ribut petir mungkin dikatakan menjadi punca kematian burung-burung itu.   Insiden misteri itu nyata menimbulkan banyak teori  bahawa kematian burung dan ikan tersebut merupakan petanda hari kiamat berdasarkan ramalan suku kaum Maya di Amerika Selatan dan ahli nujum terkenal, Nostradamus.




Petikan Kosmo, 6 Jan 2011

Lagi misteri ratusan burung jatuh



Seekor burung perling (kiri) dan burung hitam bersayap merah 
ditemui mati pada Isnin lalu selepas ia jatuh dari langit di Pointe Coupee Parish, Louisiana.


NEW ORLEANS - Misteri menyelubungi saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) apabila kira-kira 450 ekor burung pelbagai spesies jatuh dari langit dan ditemui mati di sebatang lebuh raya di Pointe Coupee Parish dekat Baton Rouge, negeri Louisiana pada Isnin lalu.

Kejadian itu berlaku selepas hampir 5,000 ekor burung hitam mati apabila jatuh dari langit di bandar Beebe di negeri Arkansas yang berjiran dengan negeri Louisiana pada Jumaat lalu.

Kelmarin stesen televisyen Paducah melaporkan seorang wanita di Gilbertsville, Kentucky yang memperkenalkan diri sebagai Sandy menemui berdozen-dozen burung mati di pekarangan rumahnya.
Seorang jurucakap Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky, Mark Marraccini mengesahkan bahawa ratusan burung ditemui mati pada minggu lalu dekat kampus Universiti Murray State.
Seorang doktor haiwan di negeri Louisiana, Jim LaCour berkata: "Saya tidak menemui sebarang kaitan dengan kedua-dua kejadian itu."
Menurutnya, burung itu mati kemungkinan disebabkan melanggar talian elektrik atau kenderaan dalam waktu malam.
Sebanyak 24 haiwan itu didapati mempunyai kecederaan di kepala, leher, paruh dan belakang badan.
Burung itu mati di antara malam Ahad atau awal Isnin lalu di kawasan luar bandar 48 kilometer dari barat laut Baton Rouge.
Spesies burung yang mati itu terdiri daripada burung perling, burung hitam bersayap merah dan burung lembu.


Kira-kira 50 ekor burung mati dekat sebatang tiang elektrik. Kira-kira 400 meter dari tempat kejadian itu, sejumlah 400 atau lebih ekor burung ditemui mati di tepi lebuh raya.


Seorang profesor biologi dan pengasas Institut Kajian Kelakuan Burung di Kolej William & Marry, Dan Cristol berkata, burung itu mungkin menghidap sakit atau terkejut menyebabkan ia keluar dari sarang dan kemudian melanggar talian elektrik.
"Haiwan itu tidak akan melanggar talian elektrik tanpa sebab," katanya.
Beberapa pegawai di Arkansas dan Louisiana menghantar bangkai burung itu ke Pusat Kesihatan Hidupan Liar Kebangsaan di Madison dan Universiti Georgia untuk dikaji.
Sebelum ini, terdapat teori bahawa burung yang mati di bandar Beebe, Arkansas adalah disebabkan oleh trauma letupan bunga api sambutan tahun baru.
Penemuan misteri itu berlaku selepas lebih 100,000 ikan ditemui mati di Sungai Arkansas di negeri Arkansas pada minggu lalu. - Agensi

Petikan Kosmo, 7 Januari 2011

Lagi misteri burung, ikan mati




Ratusan ikan yang mati ditemui di tepi pantai Semenanjung Coromandel,
New Zealand pada Selasa lalu.


STOCKHOLM - Kematian ikan dan burung kini merebak selepas penemuan awal 5,000 ekor burung hitam jatuh dari langit secara misteri yang pada teori awalnya disebabkan letupan bunga api di bandar Beeba, negeri Arkansas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu.
Bagaimanapun, pada Selasa lalu, bangkai 50 ekor burung ditemui di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden.
Pada hari yang sama juga, kira-kira 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS yang tanggapan awal dipercayai dilanggar kereta.
Sebelum ini, lebih 100,000 ekor ikan ditemui mati di Sungai Arkansas, di negeri Arkansas, AS yang dipercayai mati akibat perubahan cuaca pada minggu lalu.
Pada Isnin lalu, gambar yang dirakamkan Jabatan Alam Sekitar Maryland, AS menunjukkan dua juta ekor ikan terdampar di Teluk Chesapeake.
Alasan jurucakap jabatan itu, Dawn Stolzfus menyatakan, ikan itu mati pada minggu lalu disebabkan cuaca sejuk.
Namun apa yang menjadi misteri ialah kenapa ikan itu tidak berenang ke kawasan yang suhunya lebih panas.
Di Brazil, sebanyak 100 tan ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana, berhampiran Nicaragua.
Presiden Persekutuan Koloni Nelayan Parana, Edmir Manoel Ferreira berkata, bangkai-bangkai ikan itu ditemui sejak Khamis minggu lalu.
Beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di New Zealand pada Selasa lalu.
Di Britain, sebanyak 40,000 ekor ketam setan merah turut mati di Kent kelmarin.
Sementara itu, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, negeri Florida pada Selasa lepas.
Terdapat juga golongan yang percaya kematian pelbagai spesies haiwan itu merupakan petanda ketibaan hari kiamat pada 2012 seperti yang diramalkan tamadun kuno Maya di Mexico.
Di Internet pula, heboh mengenai teori konspirasi tentang eksperimen-eksperimen rahsia oleh kerajaan sebagai penyebab fenomena misteri itu.
Setakat ini, saintis-saintis masih melakukan satu siri ujian bagi mengenal pasti punca sebenar pelbagai spesies haiwan itu mati. Keputusan ujian tersebut bagaimanapun, hanya akan diketahui dalam tempoh beberapa minggu lagi. - Agensi

Petikan Kosmo, 8 Januari 2011

8,000 burung merpati jatuh dari langit.


Sebahagian burung merpati yang jatuh dari langit di bandar 
Faenza, Itali pada Rabu lalu.


FAENZA - Kematian haiwan secara besar-besaran berlaku lagi tetapi kali ini melibatkan 8,000 ekor burung merpati di bandar ini yang terletak di Itali, lapor sebuah akhbar semalam.

Burung itu dipercayai mati disebabkan keracunan atau kekurangan oksigen selain cuaca sejuk.  Haiwan itu jatuh ke tanah dan di atas bumbung rumah serta kereta pada Rabu lalu.

Penduduk di sini menyatakan, bangkai burung merpati itu mempunyai tompok biru pada paruhnya yang dipercayai pakar-pakar sebagai tanda hipoksia atau kekurangan oksigen.

"Burung-burung merpati itu jatuh dari langit satu demi satu dan kemudian dalam kumpulan 10 atau 20 ekor
serentak," kata seorang penduduk tempatan.

Keputusan ujian makmal bagi mengenal pasti punca kematian burung-burung merpati itu hanya akan diketahui dalam tempoh sekurang-kurangnya seminggu lagi.

Insiden terbaru itu berlaku selepas dua juta ikan ditemui mati di Teluk Chesapeake, Maryland, Amerika Syarikat (AS) beberapa hari lalu.

Pakar-pakar percaya ikan-ikan itu mati akibat tertekan cuaca sejuk dan pembiakan berlebihan.   Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan insiden kematian besar-besaran haiwan berlaku di seluruh dunia yang antara lain melibatkan 40, 000 ekor ketam setan merah mati di Kent, Britain pada Rabu lalu.

Di AS, beribu-ribu ekor bangkai ikan ditemui terapung di sungai Spruce, bandar Port Orange, Florida pada Selasa lepas.   

Pada Selasa lalu juga beratus-ratus ekor ikan siakap ditemui mati di perairan New Zealand dengan 50 ekor burung ditemui mati di sebatang jalan raya di bandar Falkoping, Sweden manakala 200 ekor burung ditemui mati di sebuah lebuh raya di Texas, AS.

Di Brazil pula sebanyak 100 tan metrik ikan sardin, sejumlah ikan keli dan gelama telah ditemui di pesisir pantai Parana.






Influenza A (H1N1)

ABSTRAK
Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization (WHO) pada 24 April 2009 telah mengisytiharkan krisis kecemasan kesihatan antarabangsa ekoran merebaknya wabak Virus Influenza A (H1N1) (Selesema Babi atau Swine Flu) bagi memberi amaran wabak yang dianggap makin mencemaskan dan berpotensi untuk menjadi pusat ‘pandemik’ atau wabak yang akan merebak.  Selesema babi yang disebarkan oleh manusia ini telah mencetuskan keadaan panik di seluruh dunia terutamanya di Mexico dan Amerika Syarikat (AS). Sehingga 6 Mei 2009, wabak ini telah mengorbankan 29 orang di Mexico, 2 orang di United State (US), 1786 orang telah disahkan dijangkiti dan lebih 4169 orang disyaki dijangkiti di seluruh dunia. Jumlah kematian dan mereka yang dijangkiti meningkat dari semasa ke semasa dan amat dikhuatiri merebak ke Negara ini.
PENGENALAN
Demam Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit sistem pernafasan (respiratory) yang biasanya ditemui dalam kawanan babi. Virus Influenza A (H1N1) atau demam babi ini biasanya berlegar dalam spesies babi sahaja dan tidak menjangkiti manusia. Namun jangkitan terhadap manusia telah berlaku dan penyebaran virus ini dalam kalangan manusia telah mula dikesan sejak tahun 1988.
Apakah Virus Influenza A (H1N1)?
Virus Influenza A (H1N1) adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Terdapat Jangkitan Demam Virus Influenza A (H1N1) di US?
Pada akhir Mac dan awal April 2009, beberapa kes jangkitan virus  ini (H1N1) terhadap manusia telah dilaporkan di Southern California berdekatan San Antonio, Texas. Beberapa negeri lain di US juga telah melaporkan jangkitan yang sama pada manusia dan juga telah dilaporkan di peringkat antarabangsa. (Perkembangan terkini mengesahkan bilangan jangkitan virus di Amerika Syarikat boleh di dapati di http://www.cdc.gov/swineflu/investigation.htm. Pusat pencegahan dan kawalan penyakit (CDC - Centers for diseases control and prevention dan Jabatan serta agensi kesihatan sedang bekerjasama dalam menyiasat situasi ini).

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun  masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.
Apakah Tanda-tanda dan Simptom Virus Influenza A (H1N1) Terhadap Manusia?
Simptom Virus Influenza A (H1N1)  ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.
Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Bagaimanakah Selesema Burung Merebak?
Virus jenis A (H1N1) selesema burung ini dijangka akan merebak seperti mana virus selesema bermusim lain. Virus selesema ini biasanya disebarkan dari seorang ke seorang yang lain melalui batuk dan bersin mereka yang terkena jangkitan. Kadang-kadang seseorang itu boleh dijangkiti melalui barang yang disentuh dengan tangan dan kemudiannya menyentuh mulut dan hidung mereka.
Bagaimanakah Seseorang Yang Dijangkiti Selesema Menjangkiti Seorang Lain?
Seseorang yang dijangkiti mungkin boleh menjangkiti seorang lain  bermula sehari sebelum simptom itu merebak hingga ke hari ke-7 selepas dijangkiti (sakit). Ini bermakna kita mungkin boleh menyebarkan virus ini sebelum mengetahui yang kita telah dijangkiti.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema? 
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat.  Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.
Adakah Terdapat Ubat Untuk Virus Influenza A (H1N1) Ini? 
CDC menyarankan pengambilan ubat seperti oseltamivir atau zanamivir untuk merawat dan/atau mencegah jangkitan virus selesema babi ini.  Ubat antiviral adalah ubat-ubatan berpreskripsi (pil, cecair ataupun ubat sedut) yang melawan virus dari terus membiak di dalam badan anda.
Jika anda jatuh sakit, ubat antiviral akan dapat melegakan  dan membuat anda sihat dengan lebih cepat. Ia juga dapat mencegah dari komplikasi selesema yang lebih serius. . Untuk tujuan rawatan, ubat antiviral adalah lebih berkesan untuk diambil sebaik sahaja jatuh sakit (dalam dua hari selepas simptom).

Berapa Lama yang Diambil oleh Seseorang yang Dijangkiti dengan Selesema Burung Untuk Menyebarkan Kepada Orang Lain?
Mereka yang dijangkiti dengan virus ini boleh dikira sebagai pembawa virus selagi mereka di dalam simptom sehingga tujuh hari dari bermula sakit. Kanak-kanak, terutama anak-anak kecil berpotensi untuk dijangkiti untuk jangka masa yang lebih lama.
Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.
Berapa Lama Virus Tersebut Boleh Hidup Di Luar Badan? 
Seperti yang diketahui sesetengah virus dan dapat hidup sehingga lebih dua jam di permukaan seperti meja kafeteria, tombol pintu dan meja. Membasuh tangan dengan kerap akan mengurangkan kesan pencemaran yang didapati dari permukaan-permukaan ini.
Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema. Cubalah langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:

• Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.

• Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema. Pembersih tangan berasaskan alcohol juga berkesan.

• Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.

• Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
Apakah Cara Terbaik Untuk Mengelak Dari Menyebarkan Virus Melalui Batuk Dan Bersin?
• Jika anda sakit, hadkan pergaulan anda sebaik yang mungkin. 
• Jangan pergi ke sekolah;
• Tutup mulut anda dengan tisu semasa batuk dan bersin. Ia boleh membantu mengelak orang-orang di sekeliling kamu dari jatuh sakit;
• Buangkan tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah;
• Tutup mulut anda semasa bersin dan batuk jika tiada tisu;
• Basuhlah tangan kamu setiap kali batuk dan bersin.

Apakah Teknik Terbaik Untuk Mencuci Tangan Dan Mengelak Dari Jangkitan Selesema?
Membasuh tangan dengan kerap akan membantu melindungi anda daripada kuman. Basuhlah dengan sabun dan air ataupun pembersih tangan berasaskan alcohol. Basuhlah tangan antara 15 ke 20 saat dengan air suam dan sabun. Jika tiada air dan sabun, tisu pakai buang berasaskan alcohol atau pembersih gel boleh digunakan. Ianya boleh didapati di kedai-kedai ubat dan pasar raya. Jika menggunakan gel, sapulah tangan anda sehingga gel itu kering. Alkohol di dalam gel tadi akan membunuh kuman dan ianya tidak memerlukan air untuk berkesan.

Apa Yang Perlu Saya Lakukan Jika Jatuh Sakit?
Jika anda tinggal di kawasan yang dikenal pasti wabak Virus Influenza A (H1N1) itu merebak dan mempunyai simptom-simptom demam selesema termasuk demam panas, sakit badan, selesema, sakit tekak, muntah mual dan cirit-birit, anda perlu berjumpa dengan doktor, terutamanya jika anda risau tentang simptom-simptom tadi. Doktor akan mengesahkan sama ada sebarang ujian atau rawatan adalah perlu.
Jika anda sakit anda perlu:-
• Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan;
• Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit;
Untuk kanak-kanak tanda-tanda dan perlu dibawa untuk dirawat adalah seperti berikut:-
• Kesukaran bernafas dan pernafasan yang terlalu cepat;
• Warna kulit bertukar kebiru-biruan;
• Tidak minum air yang secukupnya;
• Tidak bangun dan berinteraksi;
• Tidak suka dipegang dan asyik merengek;
• Simptom seperti selesema dan pulih tetapi kemudiannya berulang bersama demam dan batuk yang lebih teruk;
• Demam dan beruam.

Bagaimana Seriusnya Jangkitan Virus Influenza A (H1N1) ini?
Seperti demam selesema yang lain, kesan selesema babi (Virus Influenza A) (H1N1) pada manusia adalah berbeza dari tahap sederhana ke tahap serius. Antara 2005 hingga Januari 2009, 12 kes jangkitan pada manusia tanpa kematian dikenal pasti di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun kesan dari selesema babi ini boleh menjadi serius. Pada September 1988, seorang wanita mengandung berumur 32 tahun dari Wisconsin dimasukkan ke hospital akibat jangkitan paru-paru akibat selesema babi dan meninggal dunia 8 hari kemudian. Pada tahun 1976, wabak selesema babi dikesan di Fort Dix, New Jersey mengakibatkan lebih 200 kes serius  dan satu kematian. 

Bolehkah Saya Dijangkiti Melalui Memakan Dan Menyediakan Masakan Berasaskan Babi?
• Tidak.

Selesema babi tidak boleh merebak melalui makanan. Ianya tidak boleh dijangkiti melalui makanan dan produk berasaskan babi. Memakan produk berasaskan babi yang dimasak dan disediakan dengan sempurna.