(sing a song...)
Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday Happy Birthday
Happy Birthday to you (English Version)
Pernahkah kita menyambut ulang tahun kelahiran?
Apakah yang kita lakukan?
Adakah kita akan diraikan oleh rakan-rakan atau
kita yang akan belanja rakan-rakan?
Ada orang yang menyambut ulang tahun kelahiran dengan meniup lilin pada sebiji kek Hari Jadi.
Ada pula yang makan-makan bersama-sama rakan atau ahli keluarga.
Ada juga menerima hadiah Hari Jadi daripada orang yang tersayang.
Ada juga yang hanya menerima "wish" atau ucapan Hari Jadi daripada rakan-rakan melalui sms.
Ada yang membuat bubur putih bubur merah atau pulut kuning sebagai tanda kesyukuran kerana masih dipanjangkan usia.
Apa jua sambutan yang dibuat, semuanya mempunyai nawaitu yang baik. Menjalin persahabatan dan mengeratkan silaturahim. Meraikan atau diraikan terpulang kepada situasi dan kewangan. Tepuk dada tanya selera, tepuk kocek tanya ongkosnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan