Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w berlaku pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian baginda. Peristiwa penting ini merupakan mukjizat bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah diberikan kepada rasul dan nabi sebelumnya.
Dalam perjalanan Isra' iaitu dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin, Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut "Buraq". Mikraj pula iaitu perjalanan merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Peristiwa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w ini berlaku dalam satu malam sahaja.
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita iaitu tahun Nabi kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua ialah dua tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal.
Dalam keadaan baginda keseorangan menghadapi tentangan musyrikin jahiliah, Jibril datang membawa pesan untuk membawai Nabi bertemu Penciptanya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda amat memerlukan sokongan.
Peristiwa Israk Mikraj ini mengandungi banyak pengajaran yang boleh dijadikan iktibar. Antaranya ialah:
1. Kewajiban solat lima waktu telah dianugerahkan kepada umat Muhammad. Kewajiban solat diwahyukan terus tidak seperti kewajiban ibadat lain seperti zakat dan puasa yang diturunkan sebagai wahyu dan disampaikan melalui Jibril. Itu menunjukkan betapa penting dan istimewanya solat. Kewajiban solat juga ialah hadiah yang paling berharga kepada Nabi untuk merawat segala kesedihan dan kemurungan yang baginda hadapi.
2. Israk dan Mikraj juga menguji keimanan kita untuk beriman kepada Allah dan Rasulnya dalam hal-hal yang di luar jangkauan pemikiran kita. Sahabat Nabi seperti Abu Bakar beriman dan percaya dengan sepenuh hati bahawa Nabi telah pergi ke Palestin dan merentasi 7 langit pada satu malam tanpa sebarang keraguan.

Sesungguhnya Islam itu benar dan mati itu juga benar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan