Selesai Guru Besar memotong riben perasmian maka sepanduk Bulan Sains yang tergantung di dewan besar terpapar di hadapan murid-murid dan guru-guru. Ini diikuti dengan kemasukan 3 tong kitar semula yang ditolak oleh beberapa orang murid ke tengah dewan. Guru Besar kemudian memasukkan barang-barang kitar semula mengikut jenis tong sampah yang disediakan.
Selepas itu, murid-murid 5 Arif dan 6 Arif membuat persembahan dengan nyanyian lagu berunsur alam sekitar menggabungkan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Para hadirin terhibur dan mendapat informasi berguna daripada majlis perasmian tersebut. Tahniah kepada Pn. Habibah dan AJK Panitia Sains sekolah. Antara aktiviti sempena bulan Sains ialah:
*Info Sains
*Kuiz Sains
*Zoo Mini
*Pameran Alam Sekitar
*Hari Kita Semula
Dalam majlis tersebut juga diadakan penyampaian hadiah kepada para pemenang yang mengambil bahagian dalam beberapa acara pertandingan sempena Bulan Matematik dan Bulan Bahasa Inggeris pada bulan yang lalu.
Panitia Matematik
Teka Harga Hamper
dimenangi oleh Mohd Irwan Shah b. Ismail 5Arif
Teka Bilangan Gula-gula
dimenangi oleh Najiha Arissa bt. Norhisam 5 Arif
Teka Anggaran Berat
dimenangi oleh Mohamad Izzul Irfan b. Yusof 6 Bestari
Kuiz Matematik
Pertama - pasukan hijau
Kedua - pasukan biru
Ketiga - pasukan merah dan kuning
Selain itu, diadakan juga penyampaian lencana bijak sifir kepada 37 orang murid yang telah berjaya menghafal sifir dan menyelesaikan operasi pemansuhan.
Panitia Bahasa Inggeris
Kuiz Bahasa Inggeris - Simple Past Tense
Tahun 4
Johan - Muhammad Zuheiree 4B
Tahun 5
Johan - Fizri 5M
Tahun 6
Johan - Muhammad Eizzuan b. Nurdin 6C
Kuiz Bahasa Inggeris - Adjectives
Tahun 4
Johan - Siti Aisyah bt. Rajiur 4A
Tahun 5
Johan - Amir Syakir b. Yatimin 5I
Tahun 4
Johan - Mohd Arash Daniel b. Mohamad Rashid 6A
Essay Writing
Johan - Mohd Izzanie b. Razali 6A
Congratulations to all the winners!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan