Ahad, 30 Januari 2011

*OREINTASI DISIPLIN DAN SAHSIAH TAHUN 4, 5 DAN 6*


Bermula pada minggu kedua persekolahan, Unit Kaunseling Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari telah mengatur langkah menjalankan Orientasi Disiplin dan Sahsiah kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.   Pada hari Jumaat, 21 Januari 2011 murid-murid Tahun 6 telah...
mengikuti program yang diatur:

08.00 - 08.30 pagi : Amanat Ayahanda GPK HEM oleh En. Mohamad b. Aziz
08.30 - 09.30 pagi : Taklimat Disiplin oleh Cikgu Zakaria b. Hashim
09.30 - 10.00 pagi : Semakan Solat oleh Cikgu Norzakiah bt. Sakdilah
10.00 - 10.30 pagi : Rehat
10.30 - 11.30 pagi : Ceramah Kami Benci Dadah oleh Cikgu Azizilfikri b. Zahari
11.30 - 12.30 pagi : Penjagaan Diri Remaja oleh Cikgu Siti Khadijah
12.30 - 01.00 petang : Ulasan Program Kaunseling



Orientasi ini penting untuk memberikan maklumat awal  kepada murid-murid yang mengikuti sesi persekolahan pada tahun ini.  Sebarang tindakan disiplin akan diambil terhadap murid-murid yang masih melanggar peraturan walaupun penerangan telah diberikan.


Murid-murid Tahun 6 juga diberikan motivasi diri kerana mereka bakal menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah pada 13 September ini.   Program Kaunseling yang dijalankan untuk murid-murid Tahap 2 akan dibugarkan dari semasa ke semasa agar tahap disiplin murid-murid SK Mohd Khir Johari  sentiasa dalam keadaan terkawal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan