Isnin, 31 Januari 2011
*MUSIM HUJAN MENJELANG TAHUN BARU CINA*
Sudah dua hari hujan turun dengan lebat. Dari pagi sampai ke malam hujan tidak berhenti. Menurut kata sesetengah orang, apabila menjelang Tahun Baru Cina pasti musim hujan lebat atau tengkujuh akan bermula. Kata mereka, hujan lebat ini akan membolehkan...
ular besar yang telah menjadi naga bergerak ke laut.
Namun, tidaklah diketahui kebenaran kepercayaan mereka ini. Di Johor, keadaan banjir yang berlaku telah menyebabkan 39, 304 orang dipindahkan ke 241 pusat pemindahan banjir di seluruh Negeri Johor seperti yang dilaporan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 31 Januari 2011.
Sementara itu di stesen kereta api Gemas, Negeri Sembilan, beginilah keadaaannya. Stesen ini terpaksa ditutup sementara akibat banjir yang berlaku. Banjir yang berlaku pada tahun 2006 di kawasan Gemas tidaklah seteruk yang berlaku pada tahun ini. Apakah musibah yang melanda ini disebabkan oleh perubahan cuaca dan tindak balas alam sekitar atau memang benar...menjadi laluan naga ke laut? Renung-renungkan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan