Selain itu, murid-murid Tahap 2 juga mendengar ceramah tentang cara solat yang betul di dewan tertutup tingkat 3. Semua aktiviti dikendalikan oleh guru-guru J-Qaf dan dibantu oleh guru-guru akademik SK Mohd Khir Johari.
Melalui Kem Bestari Solat ini, murid-murid diberi pengukuhan tentang cara sembahyang yang betul. Tidak dinafikan terdapat murid-murid Tahap 2 yang masih tidak tahu tentang cara solat yang betul.
Semoga di sebalik kesibukan ibu bapa bekerja kehidupan keluarga muslim tidak dilupa. Solat dijaga akhlak terpelihara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan