Rabu, 5 Mei 2010

*PROGRAM JAYAWARIS LINUS LITERASI DAN NUMERASI*

Pada hari Sabtu, 24 April 2010 pihak sekolah telah mengadakan Program Jayawaris Linus Literasi dan Numerasi di bilik mesyuarat sekolah.  Program Linus (Literasi & Numerasi) ini diperkenalkan kepada murid-murid Tahun 1 menggantikan program pemulihan/KIA 2M/protim.




Harapan kepada guru Tahun 1 agar dapat mengajar dan mendidik semua pelajar yang terlibat dalam program ini dengan sehabis baik serta penuh keikhlasan demi kejayaan anak didik mereka.


Harapan kepada ibu bapa Tahun 1 agar berusaha tanpa noktahnya sehingga anak-anak mereka melepasi Tahap Penguasaan Linus pada akhir 2010 ini.  Usaha, doa dan tawakal ialah kunci kejayaan.


Program Jayawaris Linus pada hari sabtu tersebut telah dimulai dengan pendaftaran ibu bapa/penjaga kepada murid-murid Tahun 1 yang terlibat.   Selepas itu, kira-kira jam 9.00 pagi, ibu bapa diberi taklimat tentang program tersebut oleh En. Md. Shukri b. Sultani GPK Kurikulum SK Mohd Khir Johari.   Kira-kira jam 11.00 pagi majlis bersurai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan