Khamis, 6 Mei 2010

*PROGRAM NILAM*

"Membaca Jambatan Ilmu"
"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"
"Buku : Lakaran Masa Depan"
"Membaca Santapan Minda"
"Rajin Membaca Pasti Berjaya"
"Membaca Amalan Mulia"
"Anda tidak kesunyian jika mempunyai buku"


Pelbagai kempen dilakukan untuk menggalakkan murid-murid membaca.   Pihak sekolah juga tidak ketinggalan dalam menyemarakkan gerakan membaca terutama dalam menjayakan Sambutan Hari Buku Sedunia pada 23 April yang lalu. Murid-murid digalakkan membaca dan mencatat sinopsis di dalam buku nilam.


Walaupun kemajuan teknologi semakin mengikis semangat membaca di kalangan masyarakat namun usaha untuk mendidik generasi muda dengan tabiat membaca tidak akan luntur.   Tabiat membaca perlu disemai sejak dari kecil ibarat kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.   Teruskan membaca anak-anak didikku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan