Kemerdekaan negara kita Malaysia merupakan hadiah yang cukup berharga. Selama beratus tahun kita telah dijajah dan diperintah hingga banyak jiwa yang tertindas. Tanggal 31 Ogos 1957 menjadi detik bersejarah apabila negara kita dibebaskan daripada mana-mana belenggu penjajah.
Kita tidak memerlukan Portugis, Belanda, Inggeris atau Jepun untuk mentadbir negara kita. Zaman kegemilangan Melaka adalah bukti kita mampu menjaga dan mentadbir negara hingga meraih kegemilangan dan terkenal seantero dunia. Sikap cemburu penjajah yang kemudiannya mencuri segala kekayaan yang kita miliki menjadi catatan yang tidak mungkin dilupakan sampai bila-bila.
Anak-anak merdeka hari ini cukup bertuah kerana lahir dalam sebuah negara yang aman dan maju. Perjuangan menebus kemerdekaan bukanlah satu perjalanan yang mudah. Justeru setiap insan yang bergelar warga Malaysia, bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan ini. Bersyukurlah dengan kemerdekaan yang kita miliki. Kibarkan Jalur Gemilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan