Jumaat, 28 Januari 2011

*CINTAI BAHASA MELAYU - SIRI 1*


Apa khabar kawan-kawan? Diharapkan kawan-kawan semuanya sihat dan dalam lindungan Allah.   Pada kesempatan ini, mari kita belajar sistem bahasa dengan betul.   Kata pujangga, Bahasa Jiwa Bangsa.   Orang berbudi kita berbahasa.   Bahasa Melayu kita indah.


Berikut ialah 10 ayat yang mempunyai kesalahan tatabahasa.   Dapatkah kawan-kawan mengenal pasti kesalahan tersebut?


1.   Syazwan lebih tinggi dari abangnya.
1.   Syazwan lebih tinggi daripada abangnya.

2.   Rahimah sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
2.   Rahimah sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.

3.   Sekolah itu telah menjalankan berbagai aktiviti semasa “Minggu Kitar Semula”.
3.   Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagai aktiviti semasa “Minggu Kitar Semula”.

4.   Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
4.   Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.

5.   Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
5.   Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

6.   Omar telah berpindah daripada sekolah ini bulan lalu.
6.   Omar telah berpindah dari sekolah ini bulan lalu.

7.   Tilam itu dibuat dari getah asli.
7.   Tilam itu dibuat daripada getah asli.

8.   Saya selalu pergi ke ibu kota di  Hari Kebangsaan.
8.   Saya selalu pergi ke ibu kota pada Hari Kebangsaan.

9.   Setiap orang pelajar mempunyai tanda nama.
9.   Setiap pelajar mempunyai tanda nama.

10. Kita mestilah menumpukan taat setia dengan negara.
10. Kita mestilah menumpukan taat setia pada negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan