Wajarkah murid-murid sekolah didedahkan dengan pendidikan seks?
Mengapakah pengetahuan seks penting kepada mereka?
Apakah pembelajaran biologi di sekolah menengah tidak mencukupi untuk memberi pendidikan seks kepada remaja kita?
Kes jenayah yang melibatkan seks semakin meningkat dewasa ini. Malah, pembuangan bayi dilakukan tanpa rasa berdosa. Mungkin ada pihak yang lebih senang menunding jari ke arah Pak Imam dan para ulama kerana tidak menjalankan tugas. Kemudian, para pendidik dan sistem pendidikan pula disalahkan. Anehnya, mereka yang menunding jari ini membiarkan media massa mengeksploitasi seks sebagai bahan utama tanpa rasa bersalah!
Keputusan menjadikan pendidikan seks sebagai pengisian utama subjek Pendidikan Kesihatan adalah kerana mengambil kira maklum balas dan pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Aids Malaysia menerusi perbincangan meja bulat yang diadakan bagi memastikan kurikulum yang dibentuk memenuhi keperluan semasa pendidikan negara.
Menyedari pembentukan masyarakat yang bermoral dan bermaruah sebagai tiang utama tamadun negara kita, usaha Kementerian Pelajaran memperkenalkan Pendidikan Seks di sekolah rendah wajar dipuji. Mungkin ada ibu bapa yang membantah tetapi kaji dahulu kandungan dan pendekatan yang dilakukan.
Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks itu akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga.
Enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi:
-perkembangan manusia,
-perhubungan,
-perkahwinan dan keluargaan,
-kemahiran kendiri,
-kesihatan dan tingkah laku seksual serta
-masyarakat dan budaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan