Jumaat, 3 Disember 2010

*HARI TERBUKA SEMPENA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN*

Pada hari Sabtu, 13 November 2010 Sekolah Kebangsaan Mohd Khir telah mengadakan Hari Terbuka untuk peperiksaan akhir Tahun 2010.   Program ini telah diadakan di dewan sekolah.   Ibu bapa yang hadir bertemu dengan guru kelas untuk mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka.   Selain itu, ibu bapa yang hadir turut dimaklumkan tentang kelas bagi anak-anak mereka pada tahun hadapan.






Kempen 1 buku 1 murid juga berlangsung pada hari itu.   Ibu bapa yang prihatin dengan kempen 1 buku 1 murid datang membawa buku cerita untuk diserahkan kepada guru kelas anak masing-masing.   Setakat ini pihak sekolah telah berjaya menerima 289 buah buku cerita yang disumbangkan oleh ibu bapa untuk program tersebut.   Terima kasih diucapkan. Buku-buku yang diterima akan digunakan untuk program Nilam yang dijalankan oleh Pusat Sumber sekolah.


Ujian Diagnostik untuk Tahun 1 pada tahun hadapan juga diadakan pada hari tersebut.   Ujian di jalankan di dalam kelas yang telah ditetapkan dengan pengawasan guru-guru sesi petang.   Pn. Inon bt. Markusin selaku Guru Penolong Kanan Petang telah menyediakan jadual untuk guru yang terlibat.


Program Hari Terbuka 2010 tersebut berakhir pada jam 11.30 tengah hari.    Walau bagaimanapun ibu bapa yang terlewat kerana ada urusan kerja masih boleh bertemu dengan guru kelas di dalam bilik guru selepas tamat sesi yang diadakan di dewan sekolah. Semoga perjumpaan tahunan ini membawa kebaikan kepada semua pihak khasnya murid-murid SK Mohd Khir Johari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan