Isnin, 29 November 2010

*KEMPEN 1 BUKU 1 MURID*

Sempena Hari Terbuka untuk Peperiksaan Akhir Tahun 2010 pada hari Sabtu, 13 November 2010, pusat sumber sekolah telah melancarkan kempen 1 Buku 1 Murid.   Surat edaran untuk sumbangan buku telah diedarkan kepada ibu bapa/ penjaga murid-murid di sekolah ini beberapa minggu sebelum hari terbuka tersebut.





Kempen 1 Buku 1 Murid ini bertujuan untuk menambah koleksi buku di perpustakaan sekolah.  Selain itu, pelaksanaan program Nilam yang dijalankan pada waktu rehat juga memerlukan lebih banyak buku cerita untuk murid-murid. Setakat ini nisbah buku di perpustakaan SK Mohd Khir Johari ialah 1:12.  Satu buku dikongsi oleh 12 orang murid.


Pada Hari Terbuka tersebut, para ibu bapa telah menghulurkan sumbangan buku melalui guru kelas anak masing-masing.     Setakat ini, jumlah kutipan buku cerita yang diterima ialah 289 buah.   Ada juga ibu bapa yang memberikan sumbangan majalah, buku kerja, buku latihan dan koleksi majalah berjilid kepada pihak sekolah.


Atas segala sumbangan yang telah diberikan, pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih.   Terimalah serangkap pantun budi tanda ingatan:

Terima kasih daun siantan,
Budi baik dalam ingatan.

Terima kasih daun selasih,
Buat baik Allah kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan