Pada hari Sabtu, 23 Oktober 2010, pihak sekolah telah mengadakan acara padang bagi Kejohanan Olahraga Sekolah. Acara yang dijalankan pada hari tersebut ialah lompat tinggi, lontar peluru, lompat jauh dan merejam lembing
Murid-murid Tahun 3, Tahun 4 dan Tahun 5 sahaja yang mengambil bahagian dalam acara padang kali ini. Acara pada hari tersebut berakhir pada jam 12.00 tengah hari. Berikut ialah keputusan pertandingan acara padang pada hari tersebut:
Johan : Rumah Merah 128 mata
Naib Johan : Rumah Biru 116 mata
Ketiga : Rumah Hijau 102 mata
Keempat : Rumah Kuning 54 mata
Rumah sukan yang manakah akan menjadi johan pada tahun ini? Keputusannya akan diketahui nanti pada hari Rabu, 10 November 2010 semasa acara balapan diadakan. Juga dalam Kejohanan Sukan pada tahun ini akan disediakan hadiah untuk Khemah Terbaik, Perbarisan Rumah Sukan dan Unit Beruniform Terbaik, Olahragawan dan Olahragawati serta Rumah Sukan Terbaik. Sama-sama kita nantikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan