Sabtu, 4 September 2010

*JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN*




Cikgu Azizilfikri b. Zahari (Guru Kaunselor SKMKJ) menjemput guru-guru, ibu bapa, murid-murid dan warga 
SK Mohd Khir Johari ke majlis perkahwinan beliau yang akan diadakan pada hari Selasa, 14 September 2010.   
Majlis perkahwinan beliau akan diadakan di Kota Bharu, Kelantan.  Kepada yang menyambut lebaran di sekitar Kelantan, Trengganu dan Pahang atau di mana jua anda berada, anda dijemput ke majlis perkahwinan ini.  Sesungguhnya kehadiran anda besar maknanya kepada pasangan pengantin dan keluarga mereka.  

Pihak sekolah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Selamat Pengantin Baharu kepada Cikgu Azizilfikri b. Zahari dan Cikgu Nur Zuriani bt. Che Supli.   Semoga mahligai yang terbina kekal indah hingga ke akhir hayat.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan