Isnin, 5 Julai 2010

*HARI TERBUKA UNTUK PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN 2010

Pada hari Sabtu, 26 Jun 2010, pihak sekolah telah mengadakan Hari Terbuka untuk Peperiksaan Setengah Tahun 2010. Majlis telah diadakan di dewan sekolah.   Sejak dari awal pagi ramai ibu bapa yang telah menghadirkan diri walaupun sesi bertemu dengan ibu bapa bermula jam 8.00 pagi.


Dalam majlis tersebut, ibu bapa mengetahui perkembangan pelajaran anak-anak mereka dan kedudukan dalam darjah.  Kebanyakan murid yang mendapat markah yang rendah dalam subjek yang diuji kerana mereka kurang menguasai kemahiran dan tidak fokus sewaktu guru mengajar. 


Pihak Tabung Haji juga dijemput untuk mengadakan promosi pada hari tersebut.   Ibu bapa boleh membuka akaun dengan bayaran RM2 sahaja.  Jualan buku juga diadakan untuk menggalakkan murid-murid membaca atau membuat perpustakaan mini di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan