Khamis, 22 Julai 2010

*DOA QUNUT*

Doa merupakan satu harapan dan permohonan seorang mukmin kepada Allah s.w.t.  Setiap doa yang dilafazkan menjadi ibadah dan amalan dalam kehiduapan seharian.   Para Nabi, meskipun dikurniakan dengan pelbagai mukjizat tidak lupa untuk bermunajat dan berdoa kepada Allah s.w.t.


Ketika fajar mula menyinsing sebelum terbit matahari, umat Islam di seluruh dunia menunaikan solat Subuh dengan bacaan Doa Qunut pada rakaat kedua.   Marilah kita sama-sama hayati maksud di sebalik bacaan Doa Qunut itu.


Hayati maksud dalam Doa Qunut:

Tuhanku, pimpinlah aku bersama orang yang telah engkau pimpin dan
afiatkanlah aku bersama orang yang telah engkau beri dan
peliharalah aku seperti orang yang telah engkau pelihara dan
anugerahilah aku seperti orang yang telah engkau anugerahi dan
lindungilah aku daripada perkara yang telah engkau qadarkan (Qada' dan qadar)
kerana engkau yang menghukum bukan engkau yang dihukum.
Tidaklah hina orang yang telah engkau muliakan.
Tidaklah mulia orang yang telah engkau hinakan.
Amat berkat Tuhan kami dan Maha Agung engkau (Ya Allah).
Maka bagimu pujian atas apa yang telah engkau hukumkan.
Ampunilah aku dan maafkanlah aku
dan Allah limpahkan rahmat dan sejahtera kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang ummiy dan keluarganya serta sahabatnya.


1 ulasan:

  1. askom kpd semua murid skmkj bljr sungguh-sungguh

    BalasPadam