Kementerian Pelajaran berharap agar cuti dua kali Sabtu sebulan dapat dilaksanakan dengan sempurna di semua sekolah. Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) mencadangkan guru besar mengeluarkan takwim serta mengatur jadual guru dengan
terancang.
Presiden KGMMB, Mohamed Sabri Mohd Arsad, berkata hanya perancangan
teratur akan menjamin pelaksanaan cuti dua kali Sabtu itu berjalan
lancar dan sebaiknya guru terbabit dimaklumkan lebih awal.
“Kita berharap dengan adanya pekeliling itu, tiada pihak lain seperti
Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengambil kesempatan untuk melaksanakan
program atau kursus pada Sabtu yang sepatutnya menjadi waktu rehat guru.
Apa yang penting, hal berkaitan sekolah dan pelajar perlu diutamakan
berbanding program peringkat PPD,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri
Alimuddin Mohd Dom, kelmarin mengenai usaha terbaru Kementerian
Pelajaran mewajibkan guru besar dan pengetua memberikan guru dua kali
Sabtu setiap bulan untuk mengurangkan beban tugas guru di sekolah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan