Antara perkara penting yang ditekankan oleh En. Mohamad Noh ialah cara menjawab soalan Sains bagi Bahagian B. Pemarkahan bagi bahagian ini amat penting jika pelajar ingin mendapat markah A dalam UPSR. Semoga pencapaian pelajar akan terus meningkat dengan bimbingan yang telah diberikan.
Jumaat, 21 Mei 2010
*TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR*
Pada hari Sabtu, 15 Mei 2010, pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah Sains yang hebat iaitu En. Mohamad Noh b. Bunyamin dari Kota Tinggi. Beliau berpengalaman luas dalam pengajaran Sains di sekolah rendah dan sentiasa memberikan tips dan idea kepada para pelajar untuk menjawab soalan-soalan Sains dalam ujian bulanan.
Sesi taklimat bermula pada jam 10.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 pagi. Murid-murid Tahun 6 Arif, 6 Bestari, 6 Cerdas dan 6 Dinamik telah dipilih untuk mengikuti slot ceramah tersebut sementara kelas 6 Gigih dan 6 Iltizam akan dibimbing oleh guru Sains mengikut kelas masing-masing. Beberapa orang guru turut serta dalam sesi taklimat tersebut.
Antara perkara penting yang ditekankan oleh En. Mohamad Noh ialah cara menjawab soalan Sains bagi Bahagian B. Pemarkahan bagi bahagian ini amat penting jika pelajar ingin mendapat markah A dalam UPSR. Semoga pencapaian pelajar akan terus meningkat dengan bimbingan yang telah diberikan.
Antara perkara penting yang ditekankan oleh En. Mohamad Noh ialah cara menjawab soalan Sains bagi Bahagian B. Pemarkahan bagi bahagian ini amat penting jika pelajar ingin mendapat markah A dalam UPSR. Semoga pencapaian pelajar akan terus meningkat dengan bimbingan yang telah diberikan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan