Jumaat, 2 April 2010

*JENAKA*

Jenaka sering membuatkan orang ketawa.   Namun bukan mudah untuk berjenaka.   Bagaimana dengan diri anda? Anda suka berjenaka atau suka ketawa?

Kisah Dua Burung


Di sebuah kedai menjual burung, terdapat dua ekor burung kakak tua.   Kedua-dua ekor burung kakak tua itu berbeza.  Seekor suka menyanyi dan seekor lagi hanya berdiam diri sahaja.   Datang seorang lelaki ingin membeli burung kakak tua itu.   Dia berkata kepada si penjual burung.

Pembeli    : Berapa harga burung kakak tua ini?
Penjual     : Kalau yang suka menyanyi ini RM500 dan yang pendiam itu RM1000.
Pembeli    : Ahhh...?? Kenapa yang suka menyanyi lebih murah daripada yang pendiam?
Penjual     : Yaa...  Memang berbeza kerana yang berharga RM1000 itu ialah pencipta lagunya.




Belajar Bahasa Inggeris

Suatu hari seorang gadis yang bahasa Inggerisnya kacau bilau telah terlanggar seorang pelancong US ketika berjalan-jalan di sebuah kompleks beli-belah.
Gadis           : I am sorry
Pelancong    : I am sorry too.
Si gadis kelihatan bingung dan tidak faham dengan apa yang diperkatakan oleh pelancong itu.   Dia meneka-neka dan terus menjawab.
Gadis           : I am sorry three.
Pelancong    : What are you sorry for?
Gadis           : I am sorry five.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan