Khamis, 18 Mac 2010

*ROMBONGAN ZIARAH KE MUAR*

Pada hari Rabu, 17 Mac 2010,  satu rombongan yang terdiri daripada warga SK Mohd Khir Johari iaitu En. Md Shukri dan isteri, Pn. Marlia, Pn. Asiah, Pn. Chan, Cik Nani dan En. Naidatul telah mengadakan ziarah ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar. 
Tujuan rombongan ini untuk melawat Pn. Hjh. Junidah (GPK HEM) dan keluarga yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada hari Ahad, 14 Mac yang lalu.   Kemalangan tersebut berlaku di kawasan Tangkak, Johor sekitar jam 3.00 petang.  Hujan lebat dan keadaan jalan yang licin menjadi punca kemalangan tersebut. 


Dalam kemalangan tersebut, kereta pacuan empat roda yang dinaiki oleh Pn. Hjh Junidah, suami, anak,menantu dan cucu telah terbalik beberapa kali.  Sebuah ambulans yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru telah membawa mangsa  kemalangan ke Hospital Sultanah Fatimah, Muar.

Ketika ahli rombongan melawat Pn. Hjh. Junidah, keadaan beliau dan ahli keluarganya semakin stabil hanya cucunya yang berusia 3 bulan dimasukkan ke ICU untuk rawatan rapi.  Marilah sama-sama kita berdoa agar cucu kesayangan Pn. Hjh Junidah sekeluarga ini iaitu Raja Puteri Nur Dhanniya cepat sembuh dan pulih seperti sediakala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan